MAKAN PISANG KEMBAR DAPAT ANAK KEMBAR | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. SEBAGAIMANA span baharu yang masih kering di masukkan ke dalam gelas berisi air, cepat air itu diserap. Begitu jugalah anak kecil. Termasuklah sesiapa sahaja yang "lurus bendul". Oleh itu PC sendiri pun terjebak. Terjebak apa?. Fakta atau dusta?. Tapi satu hal yang perlu diyakini, semua rezeki yang diizini Allah swt berlaku kepada sesiapa sahaja yang DIA KEHENDAKI.
TERJEBAK APA?. MAKAN PISANG KEMBAR DAPAT ANAK KEMBAR. Orang kata, kalau mahu anak kembar kena ada genetik kembar. Kalau tiada genetik kembar belah suami atau belah isteri, boleh atau tidak ada anak kembar?. Jawapannya BOLEH!!. Sebagai contoh rawatan bayi tabung uji. Sebab yang paling kukuh adalah, tiada yang mustahil bila Allah swt mahu rezekikan anak kembar kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
MAKAN PISANG KEMBAR DAPAT ANAK KEMBAR. Nenek saudara PC dua kali melahirkan anak kembar. Dia tiada adik beradik kembar. Belah suami dia pun tidak ada yang kembar. Dua pasang anak kembar seiras. Semua lelaki. Alhamdulillah. Jadi hendak dijadikan cerita, dari dulu lagi, PC masih kecil selalu dengar nenek saudara PC beri petua kepada makcik-makcik PC, iaitu anak saudara dialah kann... macam mana nak dapat anak kembar. Maklumlah sekali melahirkan dua dalam satu masa. Salah satunya makan pisang kembar. Atau apa sahaja buah-buahan yang kembar jika ada. PC pun dengarkan dengan penuh tekun.
Hari berganti hari. Minggu juga berganti. Bulan pun begitu. Meniti usia. Sehinggalah PC sendiri mendirikan rumahtangga. Tetap sahaja masih ada yang beri macam-macam petua untuk hamil atau mahu hamil anak kembar. Jujurnya PC tidak pernah menolak selagi mana ianya tidak bercanggah dengan agama Islam. Tidak merosakkan iman atau akidah. Setiap ikhtiar, hujungnya tetap sahaja kembalikan semua kepada Allah swt sama ada DIA mengizini atau menangguhnya terlebih dahulu.
MAKAN PISANG KEMBAR DAPAT ANAK KEMBAR. Anggap petua. Salah satu usaha dan simbolik sahaja. Andai awak makan pisang kembar dan awak hamil anak kembar, sudah memang itu takdir dan rezeki awak. Kalau awak makan pisang kembar tapi tidak juga dapat anak kembar itu adalah yang terbaik Allah swt tentukan untuk awak juga. Pisang tidak ada kuasa. Pisang itu kembar pun atas izin-NYA juga. Anak tetap amanah dan rezeki yang dipinjamkan. Seorang. Ramai. Kembar. Anak boleh menjadi asbab. Asbab ibu bapanya ke syurga atau ke neraka.
NOTA PC : semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah
Tags:
Santai Peribadi