SI TOMY SESEKALI SELALU AKHIRNYA MENETAP

SI TOMY SESEKALI SELALU AKHIRNYA MENETAP | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah  Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. HIDUP BERDAMPINGAN. DENGAN YANG KASAR DAN DENGAN YANG HALUS JUGA.  Kasar memang nampak. Sesekali dengan yang halus ni kadang dinampakan atau cuma didengarkan suara sahaja. Haaa itu pun dah rasa tak tentu arah. Demam. Meremang bulu roma. Memang kata orang buat biasa je. Cuba sekali kena.. fuhh berpeluh.  


Kucing pun makhluk Tuhan juga. Suka atau tidak suka itu pilihan. Tapi mendera. Menyeksa. Menyakiti. Bagi pendapat PC secara peribadi itu pilihan. Sebab apa?. Sebab manusia ADA OTAK YANG BERAKAL. Jadi bila ada otak yang berakal, bermakna boleh berfikir. Boleh buat pertimbangan jugakan. Mana boleh. Mana tidak. Mana patut. Mana tak patut. Bukan ikut suka je. Jangan menyakiti boleh kan. Rasa tak suka. Tak berkenan. Abaikan. Tapi jangan sentuh sampai cedera atau hingga mati. 

Kisah si Tomy. Beberapa kali abah nampak Tomy berjalan dalam kebun. Tomy ni kucing kampung sebelah. Kebun tuan Tomy ni bercantum dengan kebun mertua PC. Alhamdulillah kebunnya bersih. Mertua PC pun kadang pergi kebun naik motor. Tu abah cakap.. "eh budak ni selalu lalu kebun datang sini..". Bila abah potong sawit ada je dia kat belakang. Hehehehe. Aaaasudah. Mertua pc kenal je tuan Tomy. Cuma nama Tomy ni jiran depan rumah mertua PC yang beri. Gasaklah situ. Panggil Tomy je.

Masa bulan Ramadan rajin je datang. Eh lepas tu tak muncul-muncul dia. Ni Syawal dah hujung eh muncul lagi. Ingat dah lupa. Ingat rupa-rupanya dia. Kali ni lama je dia singgah. Biasa semalam je dia. Menetap ke dia?. Haaa. Kalau nak menetap pun tak pe la. Asalkan tak bergaduh dengan kucing sedia ada dua ketul tu ha. Tapi yang dua ketul tu dalam rumah masing-masing. Si Mariko dan Mariku. Adik beradik tapi diasingkan sebab gurau kasar. 

Sekadar mana mampu jaga, jaga kebajikan dia. Bagi kibble. Sediakan air. Ada daging ayam bagi. Ikan ke. On je dia. Alhamdulillah tak cerewet. Cuma ni ada banyak luka pada badan Tomy. Bergaduh agaknya dia. Kesian. Tu cakap dengan Tomy.. jangan jalan jauh-jauh. Bahaya. Meeeow. Faham la tu dia. 

NOTA PC  : belajarlah menyantuni
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama