DAGING LEMBU MASAK MERAH | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. SETELAH selesai ibadah korban Aidiladha 1445H, bermulalah fasa mencari menu dan resepi masakan lauk pauk berasaskan daging lembu. Nah. Mahu berbintang dibuatnya. Tentunya semua nampak sedap. Bukankah begitu.
Selera ada cuma tekak tidak seperti dulu-dulu. Masih suka nak makan daging. Tak kisah masak apa. Cuma bila makan lebih sikit terus ada rasa nak muntah. Sebelum ni makcik PC. Mula-mula boleh makan macam biasa. Masak la apa pun. Tidak ada masalah. Tapi lama-lama, boleh makan, kemudian rasa mual. Lama-lama tak boleh langsung. BUKAN TAK NAK MAKAN. CUMA TEKAK MENOLAK. Babah kata makan sekadarnya sahaja. Rasa-rasa. Satay?. Alhamdulillah boleh. Tapi tak mustahil juga esok lusa kurang boleh. Sedih jugalah kalau satay pun dah tak boleh. Tak pakai susuk. Hehehe.
DAGING LEMBU MASAK MERAH. Daging masak sup sudah. Masak asam rebus sudah. Goreng tepung pun sudah. Kali ini daging masak merah. Salah satu lauk kegemaran PC juga ni. Dulu-dulu bila babah dan kawan-kawan ambil upah, pergi masak di rumah orang yang buat majlis walimatulurus, masak merah ni jadi salah satu menu mesti. Ayam masak merah atau daging masak merah. Makan dengan nasi minyak ke, nasi baryani ke.. makan dengan nasi putih pun dah terjungkit kening. Wah.. maka dengan baki daging yang masih ada, PC pun masaklah, daging masak merah.
Rebus dulu sampai lembut dagingnya. Bila dah lembut, goreng sekejap. Jangan lama-lama nanti jadi kering keras pula. Ini cara PC. Lain orang lain. Alah, goreng manja-manja ala kadar. Kepedasan ikutlah selera masing-masing ya. Kalau daging banyak lemak, pedas sikit pun tak jadi masalah. Kuranglah rasa muak lemak tu dalam mulut dan ditekak. Cuma kali ini masak sikit untuk makan sekali imbas. Bahaya juga bila kerap sangat makan daging segar ni. Huhuhu. Macam mana pun, syukur atas nikmat rezeki. Alhamdulillah.
Sahabat blogger daging korban masak apa?. Mana yang boleh makan daging tu, makanlah. Kalau memang tak boleh makan, pasti ada hikmahnya. Tentu ada sebab kenapa badan kita ni tidak boleh lagi terima daging. Nikmatilah rezeki-rezeki yang lain dengan rasa syukur. Semoga Allah swt tambah nikmat pada kita. Aamiin.
NOTA PC : ikan masin perahkan limau kasturi sedap juga ni...
Tags:
Santai Peribadi
Daging masak apa pun semua sedap 🤤
BalasPadam