BIAR BETUL MAKAN BUAH CERMAI AWAL PAGI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Kampung. Bandar. Tetap sahaja ada tanahnya. Walau umpama pepatah, sekadar sekangkang kera luasnya.. tetap boleh bercucuk tanam. Tepuk dada, asah minda, mahu insyaAllah boleh. Asalkan kuat semangat. Rajin. Boleh. Yakin boleh. Gitu.
Keterbatasan memang boleh jadi salah satu halangan. Tapi semangat biasanya yang memecahkan keterbatasan itu. Aamiin. Balik lagi, ingat.. semua atas izin Allah swt. Kita hamba, ikhtiar sahaja. Putus asa, kumpul semangat, ikhtiar lagi. Lagi. Lagi.
Lagi-lagi tengok babah mengunyah macam makan sesuatu. PC perhati je. Babah tak perasan. Awal pagi, anaknya sibuk urus dalam rumah, babah balik dari surau solat subuh, eh terus ambil penyapu, tau-tau berasap bawah pokok manggis dan cempedak. En suami awal pagi pantang, kerja beli kuih saja. Kadang kuih secoet pun dibelinya. Gasaklah situ.
Eh, berbalik pada keraguan yang bersarang dan berlegar-legar dalam fikiran.. apa yang babah makan. Kadang sambil menyapu, syok mengunyah. Tangan macam genggam sesuatu. Adoiii. Apakah. Misteri sangat-sangat. Tidak mungkin kacang.
"Babah makan apa tu?..." - PC
"Rahsia.." - Babah
"Elehh.. babah makan apa tiap pagi, macam syok je ba.." - PC
"Pil vitamin laaaahh.. " - Babah
"Haahhh.. pil vitamin?.." - PC
"Nape?.. tak pecaya ke?.. - Babah
Selesai
Nak jadi cerita.. PC basuh pakaian.. sekali dalam poket seluar basahan babah ada buah cermai.. nahhhh.. haaaa dah terbongkar laaaa. BIAR BETUL MAKAN BUAH CERMAI AWAL PAGI. Betullah. Dah tau apa la yang setiap pagi atau setiap kali nyapu sampah dalam genggaman babah.. makan satu... satu.. buah cermai rupa-rupanya. Senyum sendiri PC. Babah... babah... makan vitamin rahsia katanya.
Dah balik hampir dua tahun, PC baru perasan pokok cermai belakang bangsal hidup semula dan rajin berbuah.. sebelum ni pokok buah cermai mati. Cuma babah tak beri cabut. Kata babah biarlah mana tahu dia nak hidup semula kan.. haa, alhamdulillah betullah. Hidup semula dia. Elok je. Rajin berbuah pulak tu. Orang beli vitamin di farmasi. Babah petik je belakang bangsal. Jimat.
Daun pokok cermai ni boleh buat bedak atau param untuk chickenpox. Daun cermai ditumbuk halus campur dengan tepung beras, letak air sikit.. sapulah seluruh tempat yang tumbuh chickenpox tu. Sejuk dan kurangkan parut. Usaha. Tawakal. Kalau arwah nyaie PC, buah cermai ni dibuat halwa. Perhhhh nikmat. Sedap oiiii. Sebelum makan masuk dalam peti sejuk dulu. Dah betul-betul sejuk barulah makan. Juling mata kucing tengok tuannya makan halwa cermai sambil guling-guling. Kemaruk ke apa tuan aku ni kata kucing.
Semua tinggal kenangan. Sekarang makan je la buah cermai fresh dari pokok tu ha.
NOTA PC : terasa nak makan buah ceri la pulak.
Tags:
Santai Peribadi
Dulu duk kampung rajin nampak. Sekarang kat bandar susah nak jumpa
BalasPadamW'salam PC..
BalasPadamBaca post PC sambil kecur ailio seperti terasa masam cermai.. Cousin LZ suka tumbuk buah cermai bersama cili dan gula. Kemudian letak kicap dan makan.. Tak tahulah apa rasanya..
Nearly two years later, PC finally observed the cermai tree rejuvenating behind the shed, fruiting diligently. Prior to this, the cermai fruit tree appeared lifeless. Discovering men's suits that fit perfectly and breathe new life into your wardrobe is truly remarkable how things can rejuvenate and thrive once again.
BalasPadamPurchasing a Cummins generator is an investment in tranquilly. With a dependable power source at your disposal, you can concentrate on what really counts rather than worrying about unplanned outages or equipment failure all the time. Experience the Perkins generator difference in performance and dependability when you choose Cummins generator for your power needs.
BalasPadam