MELANGKAH KE SEPTEMBER

MELANGKAH KE SEPTEMBER | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalammualaikum. HELLO SEPTEMBER. Semalam kemeriahan sambutan hari kemerdekaan negara di mana-mana. Hari ini beralih kita dengan izinNya ke bulan September. Alhamdulillah. Syukur. Sekecil-kecil nikmat. Sebesar-besar ujian. Semua dari-NYA. Izin-NYA. Selawat dan salam untuk mu ya Rasulullah. 

MELANGKAH KE SEPTEMBER

Duduk. Selak kalendar. Tengok aplikasi kalendar di telefon. Eh, September hari ni. Haah la. Sudah melangkah ke bulan ke sembilan. MasyaAllah. Sembang-sembang dengan en suami, hampir dua tahun dah jadi vateran. Allahuakbar. Semakin lama rasa cepat waktu berlalu. Kata orang kalau rasa cepat waktu berlalu, itu bermakna banyak buang masa. Yeke?. PC rasa kalau sia-siakan waktu.. rasa lambat saja waktu berlalu. Tapi kalau dimanfaatkan.. ha cepat masa. Gitu. Lain orang lain pendapat.

Sepanjang September. Setakat ini dua peristiwa besar yang akan diraikan oleh masyarakat adalah Hari Malaysia dan Maulidur Rasul. Lagi satu bulan September ni ada cuti sekolah ke?. Wahh, kalau ada banyak syokkk woooooo. Biasanya anak-anak buah mesti balik kampung. Haaa. Inilah masanya nak bergosip bagai. Dapatlah dengar macam-macam cerita. Sedap didengar. Tak sedap didengar. Semua ada. Tahan telinga sahajalah. Lagi satu, bersedia sahajalah kena buli. Jangan harap dapat lelap mata walau 30 minit. Nasib... nasib.

Walau tahun 2024 berbaki 3 bulan sahaja lagi, jangan anggap atau fikir sudah terlambat untuk memulakan sesuatu. Jangan terus kata tunggulah tahun depan. Nantilah tahun depan senang kira. Alahai. Kalau PERKARA BAIK  terus mulakan sahaja. Bissmillah. Buatlah dengan bersungguh-sungguh. Mula tetap mula tidak kiralah lambat atau cepat. Lebih cepat lebih baik. Aamiin.

Tiga puluh hari yang baru. Semoga diisi dengan perkara-perkara baik dan diberkati olehNya. Banyak memori manis dapat dicipta untuk menjadi kenang-kenangan. Empat minggu. Jangan sia-siakan. Gandakan amalan. Tekun beribadah dan perbaiki diri.

NOTA PC : 3 BULAN sahaja lagi bakal beralih ke tahun 2025.

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama