SESEKALI TIDAK SAMA DENGAN SELALU

SESEKALI TIDAK SAMA DENGAN SELALU | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. "BAU TAHI ATAU BAU BUNGA". Segenap urusan atau apa pun itu, sesekali tidak sama dengan selalu. Momentum akan berubah. Sangat jauh perbezaannya. Atau mungkin ikut rezeki masing-masing. Rezeki kita tidak sama. Namun begitu setakat ini baik pengalaman sendiri atau kisah daripada pengalaman orang lain.. sesekali tidak sama dengan selalu.

Okay.. contoh mudah. Kereta baharu dengan kereta lama tentu tidak sama. Powernya. Selesanya. Semuanyalah. Macam juga bila kita makan. Sesekali kita makan rasa pada tekak.. Ya Allah sedapnya. Cuba hari-hari dihidang dengan makanan yang sama.. kita akan makan cuma kuantitinya akan berubah. Makan tetap kena makan. Jangan sombong dengan rezeki yang ada depan mata. Rezeki yang telah dimasak dan dihidang. Syukuri.

Macam tu jugalah dengan manusia. Tidak kira siapa pun. Sesekali jumpa, ramah, meriah, sopan santun, layanan baik-baik sentiasa. Berbeza bila sudah selalu atau kerap berjumpa. Kurang serba serbi. Waktu inilah mencabar. Sungguh. Mencabar iman dan mencabar mental serta emosi. Tapi tengok jugalah. 

SESEKALI TIDAK SAMA DENGAN SELALU

Tengok macam mana. Berbalik pada diri masing-masing juga. Ada orang layan orang yang jarang jumpa ke atau yang kerap berjumpa ke.. sama sahaja. Untung dan rezekilah namanya. Ada pula yang terus dibeza-bezakan. Tidak elok juga sebenarnya. Bahaya dan risiko besar. Kenapa?. Sesekali balik atau jumpa.. wangi lain macam. Betul sangat. Tapi yang selalu depan mata. Yang busuk yang kadang mengorbankan banyak hal pada dirinya. Sebenarnya mentaliti kena ubah. Hidup ini diberi rezeki yang luas dan  pelbagai. Bentuk dan jenis. 

Mama selalu ingatkan.. "kita hidup ni jangan tuntut kesempurnaan daripada orang lain kerana kalau orang minta kesempurnaan daripada kita pun.. kita tak mampu nak beri.. ". Setiap orang tak kiralah ank, menantu, adik beradik.. ada pakej masing-masing. Termasuk diri kita sendiri ada pakejnya. Kena hadam betul-betul. Faham sungguh-sungguh. Sesekali ke.. selalu ke.. santuni dengan baik. Kita bukan penilai yang baik kecuali Allah swt.

Hello Oktober.

NOTA PC : manusia bukan robot

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama