MEMANG ADA BUAYA | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ada laluan baru dibuka di kawasan PC ni. Biasalah, bila ada laluan atau jalan baru dibuka maka awal-awal memang jadi tumpuan dan jadi buah mulut sana sini situ. Teruja nak lalu dan tengok. Pulaknya mertua PC sudah mendahului. Tapi sementara waktu cuma motor dibenarkan. Kereta atau kenderaan berat lain belum dibenarkan lagi sebab jambatan besar utamanya belum sempurna. PC dengan en suami teruja juga. Terpengaruh juga dengar cerita mertua. Apa lagi.. zazzzzz. Merempit laki bini. Kebas punggung. Mendung gelap gelita pulaknya.
MEMANG ADA BUAYA. Bila dah nampak ada orang ramai. Kami pun berhenti jugalah atas jambatan yang masih dalam proses penyempurnaan tu. Tumpang jeling juling la juga. Bukan rezeki kami nak nampak sepenuhnya buaya yang baru selesai bersantai. Tapi dapat juga tengok sisi-sisinya. Dia mula bergerak masuk bawah jambatan. Menurut pekerja yang buat jambatan di situ, setiap hari buaya tersebut akan keluar berjemur sejam dua dipinggir sungai. Perhhhh. Kau ghaseee. Kalau tengok daripada bekas dan tempat pergerakan buaya pada lumpur tu memang ngeri. Besar. Panjang. Tiba-tiba ada seorang lelaki naik motor berhenti. "Tengok buaya ke bang?..". Dia menyapa en suami. "Kawasan sungai ni memang ada dua ekor buaya.. dua-dua besar.. saya selalu nampak..". Tiba-tiba meremang bulu roma PC. Aduhaiii. Sebab sebelum ni..
Mertua PC dan kawan-kawannya pun ada jumpa juga buaya besar di kawasan benteng tempat mertua PC memancing. Bukan buaya yang sama. Sebab setiap buaya ada kawasan jajahan masing-masing. Adik sepupu PC pun dah jumpa depan-depan buaya kalau tak silap PC waktu banjir besar beberapa tahun lepas. Kadang tak kira masa buaya nak muncul.. eh muncul la dia dengan senang hati. Ya Allah.
Buaya air tawar. Buaya air masin. Buaya darat. Ehhh. Tapi buaya ni setia dengan satu pasangan sampai mati. Jadi yang buaya darat sila malu dan contohi sang bedal (buaya) ya. Dia libas mangsa untuk isi perut. Jangan kau libas mangsa nak puaskan nafsu. Aaapo. Eh, emosi pulak. Selingan. Ada hikmah dan manfaat pada setiap apa yang Allah swt cipta. Untuk kita ambil iktibar dan belajar.
NOTA PC : sepanjang jalan gerimis.. sampai rumah terus hujan lebat
Tags:
Santai Peribadi