JANGAN BUAT PASAL MUSIM HUJAN NI | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Masih hujan. Cuma mungkin lebih menjarak atau berselang seli tidaklah setiap hari. Tapi ada masa-masa setiap hari hujan. Sejuk sampai ke tulang. Ya Allah. Memang selesa tidur tapi risau dilanda banjir, tidur-tidur ayamlah jawabnya. Kalau babah bila hujan tak berhenti, akan sentiasa pantau parit depan rumah. Bila air parit berbaki sejengkal sahaja menghampiri paras halaman rumah.. memang mesti siap sedia. PC sendiri pun berdebar-debar. Cuak.
Bila kerap hujan bukan cuma paras air sahaja mesti diperhatikan.. keselamatan pun. Mula la banyak ular muncul. Ular sawa ya. Ular tedung pun ya. Ya Allah. Rasanya dah lebih sepuluh ekor ayam kami dijadikan mangsa ular sawa. Ada yang ular sawa tu babah lepaskan. Babah akan panggil minta tolong jiran untuk urus ular sawa atau tedung. Babah geli. Tengok keadaan.. kadang dibunuh. Kadang babah minta ular tu di lepaskan sahaja.
Hujan-hujan. Jika banjir atau sedang banjir.. nyawa menjadi satu perkara penting bermain difikiran. Nyawa diri sendiri. Nyawa orang lain. Nyawa haiwan juga. Hak untuk hidup dalam keadaan selamat dan selesa bagi yang bernyawa. Jadi, jangan hairan dan rasa tidak selesa bila mana selain menyelamatkan satu sama lain termasuk harta benda.. ada ramai insan berhati mulia sanggup bersusah payah menyelamatkan haiwan ternakan dan peliharaan. Mungkin ada yang mengecam.. tapi tidak kurang yang bersetuju dan menyokong juga. Alhamdulillah.
JANGAN BUAT PASAL MUSIM HUJAN NI. Alhamdulillah. Rupanya hujan lebat di luar. Patutlah sejuknya lain macam. Perut pun rasa macam cepat rasa lapar. Sedap dan nikmat bila ada ubi rebus. Kalau tak ada, biskut tawar cicah air panas pun syukur sangat-sangat. Inilah salah satu bila rasa sejuk. Rasa macam nak sentiasa mengunyah. Nak makan itu ini. Ya Allah. Risau sungguh. Mahu error jarum penimbang berat.
Bila panas doa minta hujan. Bila hujan mengharap panas. SubhanaAllah. Tapi waktu-waktu begini.. usahakan jaga kesihatan ya. Usaha saja dulu. Selebihnya tawakal. Lebih-lebih lagi penyakit yang mudah berjangkit. D. B. S. DEMAM. BATUK. SELESEMA. PC sendiri pun sekarang ni mudah sangat demam, batuk dan selesema. Sebelum ni, bertahun baru sekali demam. Memanglah sekali demam teruk. Tapi sekarang ni, kerap demam dan teruknya boleh tahan juga. Allahuakbar. Jangan buat pasal ya musim hujan ni. Berjaga-jaga la.
NOTA PC : makan soto sedap juga ni
Tags:
Santai Peribadi
Menu wajib musim hujan. Kalau saya, ubi kayu rebus cicah kelapa parut atau gula.
BalasPadamDari mula hujan hari tu teringin nak makan maggi tumis...aih..x terbuat plak rupanya..sejuk2 ni sedap layan ni...
BalasPadammusim hujan banjir ni saya selalu sedih terfikirkan haiwan2. tu bila lalu video orang selamatkan kucing yg terperangkap dalam banjir rasa terharu sangat. semoga semua manusia dan haiwan ternakan sentiasa dilindungi
BalasPadambab ular tu yang ngeri tu. terbayang orang yang rumah kene banjir teruk tu...kalaulah tengah meredah banjir ada ular sama meredah banjir huhuhu...ngeri
BalasPadam