TIGA RATUS ENAM PULUH LIMA HARI

TIGA RATUS ENAM PULUH LIMA HARI | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Berakhir sudah.
Tiada berbaki
Tiada sisa
Semuanya selesai
Ya selesai
Selamat melabuhkan tirainya

2024
Tentu saja ada banyak cerita
Sketsa sebabak
Drama berepisod
Suka
Duka
Air mata untuk kedua-duanya suka dan duka
Ada

Berasa bagai tidak mahu
Tidak mampu
Tidak!
Tapi kata Allah swt berbeza
Kau mampu!
Maka terjadilah apa pun itu
Pada sekalian makhluk
Pada alam

TIGA RATUS ENAM PULUH LIMA HARI

Otak dan hati menjadi gudang
Menyimpan segenap criteria
Untuk dikenang
Untuk dijadikan tauladan sempadan

2025
Baru bermula
Naskah baru
Halaman pertama
Masih baru
Masih awal
Masih samar dipandangan makhluk
Sudah terang jelas di PENGETAHUAN TUHAN

Banyak harapan
Banyak impian
Entah seberapa terpenuhi atas fitrah usaha
Semoga setiap langkah selalu ada;
Redha Tuhan
Keberkatan 

Wahai Allah.. permudahkanlah..

NOTA PC : 2024 mewah kesedihan

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama