MANUSIA SESUMPAH

MANUSIA SESUMPAH | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Garisan kedua pada halaman pertama. Syukur masih bernafas. Sudah berkurang dua hari ditahun baharu. Sekejap dirasakan. Alhamdulillah. Cantik cuaca. Macam nak hujan tapi setakat ini panas teriknya sampai ke petang. Elok pakaian dijemuran keringnya. Terima kasih Allah. 

MANUSIA SESUMPAH
Bersangka baik perlu. Waspada juga penting

'Dah masuk 2025.. suka.. suka juga. Tapi, sebenarnya kita ni semakin dekat dengan kematian...'. Santai sahaja babah berbicara. Tapi ada satu jentikan kuat pada hati dan fikiran PC. Pesanan. Peringatan. Ada yang mahu disampaikan. 'Selalu ingat mati memang pasti.. InsyaAllah kalau ada niat tidak elok pun akan fikir banyak kali kita nak teruskan..'. Sambung babah lagi. Ingatan PC terus di bawa masa-masa mama masih ada. Selalu sebut dan ingatkan akan kematian.

Senang nak cari dan kumpul pahala. Tapi, lebih senang kita jadi muflis gara-gara orang lain. Silap-silap dosa dia kita galas. Akhir zaman.. sangat banyak manusia sesumpah. Mudah berubah mengikut situasi demi kepentingan dirinya. Sekejap begini. Kemudian berubah begitu. Janji dirinya lepas dan dapat apa dimahu.

Manusia sesumpah
Depan manis mengalahkan gula tumpah
Berkata elok tiada yang salah
Belakang maki-maki dia menyumpah

Manusi sesumpah
Senyuman manis bibir merekah
Sebalik kita dia mahu meludah
Pijak mati mahu dilangkah

Manusia sesumpah
Nampak seiring bila sama-sama melangkah
Rupa-rupanya diam-diam pisau diasah
Ketawa berdekah lihat orang berdarah 

Kita tidak dengan mudahnya mengenali manusia sesumpah. Mereka sentiasa mencari jalan terbaik dan selamat untuk tidak dikenali. Namun satu hal mereka lupa.. tidak sesaat pun mereka terlepas daripada pandangan Tuhan. Hati-hati kerana sedar atau tidak mereka akan sentiasa mencabar kesabaran orang disekitarnya.

NOTA PC : binatang sesumpah semakin berkurangan.. 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama