REZEKI PETAI

REZEKI PETAI | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. MEMANG KEGEMARAN. Babah. Mama. PC. Encik suami juga. Alhamdulillah. Memanglah baunya kuat. Tapi memang suka. Makan je lah. Bau mulut ke. Kencing berbau ke. Bukan hari-hari makan petai. Ikut musim. Itu pun kalau ada rezeki. Kalau tidak.. ada jual pun rasa fikir dua tiga kali nak beli. Harga boleh tahan juga. Tapi kalau memang nak makan sangat. Mahal pun beli juga. Petai ada harga. Belakang rumah babah ni ada dua tiga pokok petai. Tapi cuma mampu tengok. Tengok monyet makan petai atas pokok bawa ahli keluarga jiran tetangga. Hurmmmmm. 

Eh.. ada plastik la ba. Apa tu?. Entah. Ringkas je jawapan babah. Ada orang bagi kot?. PC pula jawab ringkas. Yeke. Padahal risau. Sambil ditangan peluk pakaian kering. Angkat pakaian dari ampaian. Hati tetap tertanya-tanya. Masa keluar pintu menuju ampaian tak ada nampak beg plastik ni. Ni ada pula. Babah kata entah la pula. Ligat otak berfikir. Siapa.. siapa.. siapa. Sambil masuk rumah.. tanggalkan hanger dari pakaian.. mulut bebel. Tanya babah lagi. Babah diam. Tapi kenapa ketawa pula. Adoi. 

Babah sampai rumah balik dari surau.. PC dah menuju ke arah ampaian. Kiranya membelakangi. PC patah balik.. babah dah duduk. Rupa-rupanya bungkusan tu isinya petai. Kawan babah jamaah surau juga yang sedekah. Rumah dia ada pokok petai. Petik. Bungkus. Agihkan di surau. Sorang satu bungkus. Alhamdulillah. Barulah lega perasaan. Bertukar jadi bersemangat. Babah pulak ketawakan PC.  Berlakon betul. Zaman sekarang ni bahaya berganda. Bukan dulu tak bahaya. Ada bahaya tapi sekarang lebih-lebih. 

REZEKI PETAI

Rezeki petai. Alhamdulillah. Rezeki. Syukur sangat-sangat. Teruslah begitu begini. Nak masak itu ini. Babah macam dah boleh tahu. Bila ada petai ni jawabnya menu kalau boleh semua nak letak petai. Adoi. Bertabahlah. Babah suka petai. Dek kerana faktor gigi kata babah.. maka tidaklah babah makan petai macam dulu-dulu. Nikmat itu juga ujian. Tidak selamanya kita dapat merasai nikmat. SubhanaAllah. 

Jeruk petai. Ada yang suka. Ada yang sebaliknya juga. PC tergolong yang sebaliknya. Kurang suka. Tak tahulah kenapa. Mungkin tak biasa makan jeruk petai maka lidah dan tekaknya macam susah nak terima. Ada beberapa kali cuba tapi belum boleh. InsyaAllah mana tahu satu masa nanti boleh terima kan.. aamiin. Dulu petai murah. Sekarang mahal. Kata orang.. memang kau kata mahal sebab kau tak ada duit.. kalau ada duit, eh semua murah. Ada betulnya juga. Ada kurang betulnya juga. Tapi boleh dinilai kuantitinya jugakan. Yalah.. masing-masing punya pendapat.

Semoga nanti ada rezeki petai lagilah. 

NOTA PC : dapat makan buah delima sedap juga ni

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Terus trigt sambal udang petai..Tp x bleh mkn byk...Angin & buat sy pening kepala =)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama