PERSIAPAN RAYA TIDAK SEGHAIRAH DULU

PERSIAPAN RAYA TIDAK SEGHAIRAH DULU | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. TELAH PUN BERADA DIBULAN SYAWAL. Alhamdulillah. Hitungannya semakin berkurang. Madrasah Ramadan 1446H telah pun berakhir. Masih rancak lagu raya dimainkan. 

Kalau Ramadan. Siangnya letih tapi malamnya nikmat sangat-sangat. Tarawih. Seronok tapi letih. Syawal. Bulan Syawal ni memang seronok tapi letihnya tu bukan sembang kosong. Bukan cerita kosong juga. Katanya setahun cuma sekali. Sebulan. Merai hari kemenangan umat Islam. Allahuakbar. Biasanya persiapan nak sambut Syawal ni memang lain macam. Berbanding nak sambut Ramadan.. betul tak?

Mood raya masih on. Masing-masing telah kembali ke rutin asal. Ibu bapa kembali bekerja. Anak-anak kembali bersekolah. Rumah terbuka sudah bermula juga. Hujung minggu gelanggang dibuka. Sambung beraya. Dah katanya sebulan beraya. Jalanraya tetap sesak. Ya Allah. Bersabar dan bertabahlah. 

Bersabar dan bertabahlah. Ya. PERSIAPAN RAYA TIDAK SEGHAIRAH DULU. Mungkin disebabkan faktor usia pun ya juga. Mama dah tak ada pun ya juga. Letih pun boleh jadi. Tapi rasa malas nak pergi ke mana-mana. Cuma duduk rumah tunggu tetamu yang sudi datang beraya. Tapi bila fikir-fikir tak boleh jugakan. Mahu tidak mahu mesti rajinkan juga pergi beraya. Ziarah bermaafan. Tidak pergi semua jangan tinggal semua. Buat syarat. 

PERSIAPAN RAYA TIDAK SEGHAIRAH DULU

Mercun. Meriam masih hangat. Berdentam berdentum kebaboomm lagi. Masih meriah lagi. Alhamdulillah. Saudara mara pun masih ada yang sudi datang. MasyaAllah. Hargailah setiap detik yang ada. Sungguh-sungguh. Ada rezeki kongsi. Kalau mungkin sekadar cukup-cukup jangan sedih tak mampu sedekah kerana sedekah ni tak semestinya duit dan kebendaan sahaja. Ada banyak lagi. Doa pun boleh jadi hadiah dan sedekah.

12 Syawal hari ni. Ya Allah. Masa. PC barulah terkedek-kedek macam itik pulang senja nak minta maaf. Salam lebaran untuk semua sahabat blogger yang sangat PC hargai. Maaf Zahir Dan Batin ya semua. Terima kasih masih sudi singgah ukhuwan di wadah Perdu Cinta ni. Rindu nak singgah blog kawan-kawan. Rindu nak kongsi sesuatu hari-hari. Rindu. InsyaAllah. 

NOTA PC : Ada yang kurang.

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. semakin berusia semakin hilang seri kemeriahan hari raya. Salam Aidil Fitri. Jemputlah ke blog abam kie bila berkelapangan. TQ.

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya PC
    Maaf Zahir & Batin
    Sy rasa sbb usia makin meningkat, perspective kita ttg raya makin berbeza, bukan setakat utk seronok². Tapi Syawal tetap diraikan, utk cipta dan tinggalkan kenangan manis buat anak² pula :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama