MAKAN CILI RASA PEDAS | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. RAJIN, BERBUDI PADA TANAH MENDATANGKAN HASIL. Alhamdulillah Allah izin. Kalau Allah swt tak izin.. tak jadi juga. Kudrat kita ni semana sangatlah. Serba serbi terbatas.
Semai. Bercambah. Tumbuh bertunas berdaun. Syukur. Bila nampak berbunga lagi gembira terharu. Musuh tetap ada. Tapi Alhamdulillah. Sikit-sikit ada. Rasa juga air tangan sendiri. Sekarang cili mahal. Kalau ada sikit-sikit terdesak nak masak.. petik je terus.
Mama dulu rajin semai. Bila dah tinggi sejengkal terus pindah tanam di tanah. Dua tiga baris. Kadang dalam pasu bunga pun ditanamnya pokok cili. Hentam je laa labu kata mama. Nanti siram. Tabur baja. Hehe.
Babah lain pulak ceritanya. Babah kata.. babah tak boleh tanam pokok berbuah.. kalau tanam pokok berdaun sahaja OK. Pokok bayam ke.. kangkung ke.. kata babah.. babah bila tanam pokok berbuah jawabnya meriah daun. Biar betul. Dulu masa arwah nyaie ada, nyaie pun cakap gitu juga.. kata nyaie.. "anak-anak nyaie, babah awaklah paling rajin menanam.. tapiiiiii bagi dia tanam sayuran yang berdaun, insyaAllah menjadi. Jangan suruh tanam pokok buah-buahan ke.. sayur jenis buah ke macam tomato.. labu.. jawabnya nanti daun besar payung tapi tak de berbuah.. kalau berbuah pun sebiji dua.. haa". PC suruh babah semai cili memang babah tak nak. Haha. Padahal semua Allah swt dah tetapkan bakat masing-masing.
Makan cili rasa pedas. Tapi kalau yang jenis kuat dan tahan pedas.. orang lain nak tercabut umbun-umbun kepedasan dia biasa je. Tak kepedasan pun. Hurmmmm. Alih-alih jalan kengkang sebab buasir. Tak gitu. Sabar je la. Zaman sekarang ni kadang mulut manusia lagi berganda pedasnya bila bercakap berbanding lada atau cili yang ada. Lagi berdesing telinga dengar. Hati sakit. Tangan gatal je nak smackdown orang yang cakap ikut suka. Tapi bila kau pandai pulak sentap tak tentu hala. Selalu mencili orang.. sesekali kau kena cili redha je la. Penting fikir dulu sebelum bercakap.
NOTA PC : ada cili ni buat sambal kicap makan dengan tauhu.. sedap juga ni..
Tags:
Santai Peribadi
Rindu pulak nak menanam cili. Cie kalau tanam cili memang elok subur lebat buah. Puas makan hasil. Bila dah takde masa nak berkebun takde dah pokok cili.
BalasPadamBoleh tanam dalam pasu gantikan pokok bunga
BalasPadamDapat juga hasilnya