MENANTU IBUKU | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. MENANTU. ANAK ORANG LAIN MASUK DALAM SATU KELUARGA YANG ASING. Bukan sahaja asing malahan beza segenapnya. Menantu lelaki. Menantu perempuan. Anak lelaki. Anak perempuan. Ikatan pernikahan.. berakad yang diakui sah menghalalkan satu hubungan yang awalnya haram. Menantu lelaki. Menantu perempuan. Mana datangnya menantu hantuuuu. Ada atau tidak menantu hantulah.. menantu dari nerakalah.. macam-macam gelaran ada. Sedih bila dengar ada gelaran macam-macam pada anak menantu ni. Sedih sangat-sangat. PC pun menantu. Suami PC pun menantu. Sama-sama menantu.
Sama-sama menantu tetapi dengan bawaan atau pakej yang berbeza. Memanglah ada perbezaannya. Sedangkan adik-beradik pun perangai tidak sama. Kadang tu rasa macam bukan adik-beradik tapi tetap selalu baik. Menantu juga manusia biasa. Mahu disayangi dan dihargai denga cara diterima seadanya bukan adanya apa. Kalau terima dan suka atas alasan adanya apa.. nanti bila dah tak ada apa-apa habis ditendang biar melayang-layang. Kalau terima seadanya insyaAllah harmoni tak kira apa latar belakang agama dan budaya menantu tersebut. Keadaannya bagaimana pun tetap diterima dengan baik.
Menantu lelaki. Menantu perempuan. Masing-masing ada peranan masing-masing juga bila masuk dalam keluarga pasangannya. Rumahtangga cuma ada suami. Isteri. Anak-anak. Selain itu boleh jadi penasihat hanya bila diminta. Jangan lebih sudu daripada kuah. Nanti huru hara jadinya. Jangan jadi wartawan tidak bertauliah. Bawa mulut entah apa-apa. Baik suami. Baik isteri. Bukankah dua-dua menantu. Bukankah dua-dua pemegang amanah juga. Baik-baik. Jangan sembarang tanggapi segenap perkara dan situasi. Jangan jadi gunting memutus. Jadilah jarum dan benang mencantum.
Anak menantu. Bukan anak hantu. Kecuali mertuanya pilih menzalimi bukan menyantuni. Menzalimi akhir zaman tidak lagi seperti dulu-dulu. Jirus air panas. Pukul guna penyapu. Tarik-tarik rambut. Zalim sekarang mungkin ada yang menyakiti fizikal tapi kurang. Majoritinya meracuni dan membunuh mental juga emosi secara perlahan-lahan tapi sntiasa. Dulu pukul anak sindir menantu. Sekarang sindir anak dengan cara paling sopan.. memuji yang lain. Lembut tapi sakit. Sakitnya kalau dirawat pun macam tidak mahu sembuh. Sebab?. Belum baik esok lusa ditoreh lagi. Berkali-kali. Nampak?.
Menantu. Tidak minta ditatang. Datang bukan merampas atau menentang. Membawa dan mengharap disayang. Kadang kudratnya, masanya, jiwanya sarat dengan beban tapi dibawa santai dan macam tenang.. bergelora diabai sahaja. Caknakah orang sekeliling?. Menantu adalah rezeki dan anugerah. Persetujuan disatukan. Allah swt yang mempertemukan. Menjodohkan. Manusia perantara. Menantu tidak ingin dibanggakan kalau dibaliknya ada yang diharapkan. Tidak minta disanjung. Jauh sekali dijunjung. Cuma jangan dilayang macam layang-layang. Kejap hulur kejap tarik lama-lama digunting terputus.
Jadilah mertua yang tidak sentiasa memuji tapi jangan sentiasa mengeji. Biarpun setelah akad banyak yang diperbolehkan.. dihalal dan disahkan namun tidak bererti sewenangnya menyakiti darah daging orang lain. Menantu. Sedar diri. Ingat tu.
NOTA PC : menantu bukan robot
Tags:
Santai Peribadi