SALAM RAMADAN 2025M 1446H

SALAM RAMADAN 2025M 1446H  |Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ALHAMDULILLAH. ALLAH SWT masih lagi mengizini kita untuk menikmati Ramadan-Nya. Rezeki. Hari pertama Ramadan. Ada pelbagai ragam. Tidak hanya anak kecil, yang dewasa pun.. 

Separuh hari panas terik. Separuh hari lagi hujan lebat. Allah swt Maha Baik. Baik sangat-sangat. Tiada sebab untuk kita ni tidak bersyukur. Tolonglah bersyukur. Berterima kasih dengan Allah swt YANG MAHA  segala-galanya. Allahuakbar. 

SALAM RAMADAN 2025M 1446H

Kalau mungkin sebelum Ramadan kita kurang baik, bila masuk sahaja Ramadan ni.. usahakan menjadi lebih baik. Sehingga nanti tamat Ramadan dan seterusnya hingga akhir hayat ya. Aamiin.

Kita masih di sini. Allah swt yang pilih. Sedangkan ada yang tidak berkesempatan untuk menikmati Ramadan lagi kerana ajal lebih mendahului. Sementara hidup, manfaatkan peluang perbaiki diri betul-betul. 

Betul-betul mencabar. Menghadapi Ramadan tidak semudah disangka ya. Tidak mustahil kita puasa sekadar lapar dan dahaga sahaja yang dapat. Hati-hati. Bila setiap orang jaga "diri".. InsyaAllah baik-baik sahaja untuk semua. Aamiin.

Wahai Allah,  permudahkan dan lancarkanlah urusan ibadah hamba-hamba-MU. Salam Ramadan semua sahabat blogger.

NOTA PC : tahun ketiga Ramadan tanpa mama..

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama