TERBUKA UNTUK DATANG ZIARAH | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
SEBELUM Ramadhan. Ramadhan. Syawal. Bila-bila masa. Kawasan atau tanah wakaf perkuburan menjadi salah satu tempat terbuka untuk datang dan pergi. Cuma terpulang pada diri waris masing-masing la macam mana. Ikut mana yang mudah. Ikut kesempatan dan rezeki.
Sebelum Ramadhan PC dan encik suami bawa mertua ziarah pusara arwah buyut encik suami dan arwah atok iaitu ayah kepada mak mertua PC.
Alhamdulillah. Selesai.
Dua-dua insan ini PC tak pernah jumpa. Cuma selalu dengar cerita. Tak pelah. Al Fatihah. Semoga semua tenang dan bahagia di alam sana.
NOTA PC : rindu mama
Tags:
Wednesday Wordless