ZAKAT FITRAH 1446H

ZAKAT FITRAH 1446H  | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. WAJIB ke atas penanggung yang bertanggungjawab menanggung. WAJIB juga ke atas dirinya sebagai individu melunas andai tiada yang bertanggungjawab ke atas dirinya. Setahun macam lama,  sebenarnya sekejap je. Anggapan masing-masing. Ada kata lamanya setahun. 

ZAKAT FITRAH 1446H

Ramadan dan zakat fitrah. Puasa di bulan Ramadan. Kemudian lunaskan zakat fitrah dibulan Ramadan. Sedikit ringkasan yang PC ambil daripada rujukan Wikipedia. Apa itu zakat fitrah.

Zakat Fitrah dikenali juga sebagai Zakat Badan, Zakat Puasa, Zakat Ramadan, dan Zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Hukum zakat fitrah ialah wajib ke atas setiap Muslim dengan syarat seperti berikut:

  1. Beragama Islam (bukan murtad)
  2. Berakal
  3. Hidup pada sebahagian Ramadan dan sebahagian Syawal


Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).

Rutin bayar zakat fitrah en suami setiap tahun. Memang dari awal bernikah sampailah sekarang.. 1 Ramadan en suami bayar zakat fitrah. Sehari sebelum puasa biasanya en suami akan cari amil terdekat. Tapi biasanya disurau atau masjid akan umumkan siapa amil dikawasan masing-masing. Mudahkan masyarakat untuk bayar zakat fitrah. Sekarang lebih mudah sebab boleh bayar secara dalam talian sahaja. Online. Setakat ini belum pernah sekali pun en suami menggunakan cara dalam talian untuk bayar zakat. 

Berakad secara terus dengan amil lebih nikmat, puas hati dan tenang kata en suami. Memang kena ketawakan dengan adik-adik. Abang tak moden katanya. Pilihan masing-masing. Penting, akad sah. Sampai dan lunas kewajipan pada agama dan Allah swt lebih-lebih lagi. Selesa yang mana. Buatlah. Puas hati masing-masing. Asal tidak membelakangi agama. Tidak menyangkal hukum. 

Awal pagi 1 Ramadan. Bersiap awal en suami. Ceeeehh. Nak bayar zakat fitrah katanya. Bayar awal mudah. PC setuju. Maklumlah kita ni manusia. Risau juga. Banyak hal luar daripada mampunya kita untuk lakukan. Sebelum timbul masalah terlupa dan sebagainya baik bayar awal. Awal pagi pergi. Lewat juga baliknya. Pelik juga. Sampai je rumah, peluh-peluh en suami. Masih pagi lagi. Alhamdulillah sampai awal. Abang tu dah nak keluar pergi kerja. En suami orang pertama yang datang dan bayar. Terkejut juga la abang tu. Pulaknya ni tahun pertama dan pertama kali jadi amil. Peluh juga dia kata satu badan. Biasalah gugup. Siap tengok Google lagi cara-caranya terima orang bayar zakat fitrah.

Cerita lucunya.. en suami bayar untuk 5 orang. Abang tu koyak dan beri 6 resit bayaran fitrah. Bila en suami balik rumah. Serah n tunjuk resit pada PC,  eh.. eh.. eh.. kenapa jadi 6 pula. Aaaaa sudah. Call abang tadi tanya.. dia minta maaf. Gugup katanya. Ya Allah. En suami nak terus bayar abang tu kata nantilah sebab dia dah keluar rumah. Penyudahnya seminggu kemudian barulah abang tu kurang sibuk.. en suami pergilah bayar lagi tambahan. Anggap sedekah, walhal kalau dikira en suami tak perlu bayar sebab khilaf amil terlebih bagi resit. Lagi pun dia tak minta resit yang tu dipulangkan pun. Jadi, bayar laaa. Alhamdulillah dah selesai.

NOTA PC : peluang peniaga sedekah musim hujan ni untuk berbuka puasa..

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama