Assalammualaikum semua,,senyum la sikit tanda sedekah kita yang paling manis & ikhlas..alhamdulillah..terima kasih kepada yang senyum..yang masam tu belajar la senyum ye..kan cantik tuuu…pantas masa berlalu..hari ini sudah 7 Zulhijjah bersamaan 1433H..
syukran Ya Allah..Engkau izinkan kami bertemu RamadhanMU untuk mendidik nafsu kami..dan menghadiahkan kami LailaMU(malam Lailatul Qadar)..Engkau gembirakan hati kami dengan SyawalMU tanda kemenangan hambaMU,,dan kini Engkau memberi ruang buat hambaMu menjejakkan kaki ke teratakMU untuk menyempurnakan rukun Islam ke-5 iaitu fardhu haji.(bagi yang tersurat untuk pergi ke sana,,kini sudah bersiap sedia untuk bergerak ke padang Arafah untuk melakukan wukuf)..
penerbangan mereka bermula dari Zulkaedah lalu,malah kekasih Allah Rasulullah SAW juga menurut sebahagian besar ulama melakukan ibadat umrah dalam bulan Zulkaedah dan haji tammatu`pada penghujung bulan tersebut,..sesungguhnya bulan Zulhijjah ini juga sinonim dengan bulan haji…
cantiknya wahai bulan-bulan Islam ini..punya citra sendiri..syukurnya kita kerana pada bulan ini kita umpana mendapat peluang kedua selain Ramadhan kerana kita digalakkan untuk berpuasa sunat pada 10
hari awal bulan Islam terakhir dalam kalendar Islam ini..disamping itu perbanyakkan menyebut nama-nama Allah(Asma ul Husna),,bagi yang berkemampuan,,
laksanakan ibadat korban,,jika kita niat untuk melalukan sesuatu kebaikan Allah memberi kita ganjaran pahala..apatah lagi jika berniat dan melaksanakannya..maka lebih banyak lah ganjaran kebaikkan yang akan kita perolehi..teruskan beramal..sementara masih berada dikesempatan waktu..
wassalam