BIARREBUNG..JANGANBULUH | Assalammualaikum,namaste,ariegato..hehehe..alhamdulillah
kerana kita masih lagi bernafas.,,melihat alam terbentang luas..thank you
Allah.Tiba-tiba teringat rebung belakang rumah di kampung..rumah mertua memang
banyak rumpun pokok buluh..so rebungnya tak kuranglah banyaknya..teringat juga
pepatah,,”melentur buluh biarlah dari rebungnya”..pepatah ini sangat
dekat dan sesuai untuk melambangkan pendekatan ibu bapa dalam mendidik
anak-anak…anak itu amanah,ujian dan anugerah Allah..berbanding dulu,kini
cabaran mendidik anak-anak lebih mencabar kerana terlalu banyak
persaingannya..salah satunya perkembangan teknologi tanpa sempadan dan rakan
sebaya..betapa cerdiknya hinggakan bayi yang berusia setahun lebih sudah
mengenali IPAD..mungkin juga antara sebabnya sudah mendapat rangsangan dari
dalam rahim ibu lagi..tidak salah cuma perlukan pemantauan....so ibu bapa perlu
lebih tangkas,pantas dan one step ahead daripada anak-anak..amboi..bersaing la
nampaknya ye…celik IT la katakan..
Islam itu indah dan memudahkan..dalam Al-Quran
terdapat surah Luqman Al Hakem…seorang
yang bijak pandai dalam mendidik anak-anaknya..antaranya,,didikan dunia dan akhirat perlu
seiring,bina jiwa anak-anak dengan solat seawal usia 7 tahun,semai sikap
sentiasa bersyukur,sentiasa berterima kasih kepada ibu bapa dan menasihati jika
mereka membuat silap..ibarat membina sebuah rumah,,apabila
asasnya(tapak) kukuh maka sebuah rumah itu akan teguh berdiri..
Rasanya zaman sekarang,masih lagi
releven ibu bapa menggunakan rotan untuk menghukum dan memberi peringatan
kepada anak-anak,,sebaiknya ketika anak-anak masih berusia 10 tahun..kalau
anak-anak lari keliling rumah..kejar je..dapat juga keluar peluh..betul tak ;) ..kerana di akhirat nanti kita tidak
lagi berdaya untuk mengejar apa yang telah terlepas..niatkan dalam hati untuk
mendidik bukan hingga mencederakan atau mendera…semuanya bergantung pada jenis
kesalahan yang dilakukan juga bergantung pada ibu bapa sendiri..ada segelintir
lebih suka kaedah psikologi,,ada juga menggunakan orang tengah(guru di sekolah)
dan sebagainya..ibu bapa juga perlu bijak mengenali peribadi anak-anak mereka..anak-anak
sebenarnya lambang dan cermin ibu bapa kerana mereka darah daging kita..
Wassalam (O,0)
Tags:
Santai