Assalammulaikum dan smile selalu ye (";")..sekecil-kecil sedekah
adalah dengan memberi senyuman..xperlu kata apa-apa..cewah :)
Seronok melihat ramai orang yg mula sedar..dan lebih ramai
orang mula berubah kearah kebaikan..mereka ini insan yang wonderful..alhamdulillah
Allah berhak memilih siapa yg DIA kehendaki..
walaupun ada kala kita tidak jangka perkara itu akan
berlaku..bukankah kehidupan ini colourful?..dan bila seseorang itu telah
berubah maka kisah silamnya menjadi sejarah dan tinggal sejarah..jangan
sesekali di ungkit-ungkit..ingat tu..
jangan takut untuk berubah kepada jalan kebaikan dan
kebenaran..kerana itu juga satu ibadah dan jihad..orang yang berubah kepada kebaikan dan
lebih mentaati Allah itu umpama bayi yang baru lahir..bersih dan suci..berubah
kerana Allah dan Allah juga yang buka pintu hati kita untuk
berubah..subhanallah.. :)
Peluang yang diberi itu mungkin hanya sekali..dalami ilmu
sebaiknya supaya kita mengenal Allah,,Islam,iman dan ikhsan
sebaiknya..sandarkan segalanya kerana Allah..bukan kerana sesiapa..dan jangan
jadikan penghijrahan ini satu budaya dan alasan untuk sesuatu..keredhaan Allah itu perlu kita cari bukan
datang sendiri..rahmat Allah itu perlu kita selusuri bukan berdiam
diri..jadikan Al-Quran panduan terbaik,,sunnah Nabi Muhanmmad itu ikutan..
BerDOA supaya Allah buka pintu hati kita untuk berubah
kepada kebaikan,,berdoa supaya Allah gerakkan hati kita untuk mentaati hukum
hakamNYA bukan menanti dan terus menanti pintu hati kita terbuka sendiri untuk
berubah,,jangan mencipta alasan kalau tidak mahu menerima balasan..jangan
berdalih jika tidak mahu beramal soleh..
matlamat tidak menghalalkan cara..kita akan lebih berdosa
jika kita meninggalkan sesuatu yg sememangnya kita tahu,, kita akan berdosa jika meninggalkannya ..berbanding
dengan meninggalkannya disebabkan kita tidak tahu dan jahil tetangnya..
Hidup ini indah bagi orang yang hebat..hebatnya manusia bila
dia bijak mengurus hati dan akalnya..tidak tunduk dan mati kerana nafsu.. wassalam :)