sekadar pedoman
Assalammualaikum sahabat
semua.,,(=,+).. muda sebelum tua,,sihat sebelum sakit,,lapang sebelum
sempit,,kaya sebelum miskin,, dan hidup sebelum mati,,sering kali kita dengar
frasa-frasa ini..sebagai panduan dan ingatan..sangat bersyukur kerana antara
berjuta kita yang dihidupkan bermula daripada alam rahim,lahir,remaja,dewasa
muda,sihat,bebas untuk bergerak,ada kebebasan untuk berbelanja serta mampu
bernafas menjadi insan berjaya dan berguna..insyaAllah..masa terus
berlalu..detik demi detik..tanpa sedari kita telahpun tua,,badan pula tak
segagah dulu,,sering sakit-sakit ada masanya memerlukan kos rawatan yang
tinggi,,terasa beban,,kerana simpanan kewangan semakin sedikit..mungkinkah ia
petanda ajal bakal kunjung tiba..ketika itu tidak sedetik pun terlewat juga
tidak sesaat pun tercepat..
mati itu pasti..bagi yang sentiasa beramal
soleh,,malaikat Jibrail akan membuka sayap kanannya(bayangan syurga)..jika
sebaliknya..sayap kirinya yang amat ditakuti kerana bayangan azab dan seksaan
api neraka..nauzubillah..
Setiap yang hidup pasti akan
mati..kembali kepada MAHA PENCIPTA(ALLAH),,anak,isteri,ibu bapa,saudara
mara,adik-beradik,rakan taulan,sahabat handai,segala kemewahan,kekayaan,,sudah
tidak berguna dan bermakna lagi..selamat tinggal semua..cukup sampai di sini
saja..semua insan tersayang,,sayu dan pilu,,tersedu sedan,,meratapi pemergian insan
tercinta..siapa yang tidak sedih..walaupun air mata tidak menitis bagai
empangan pecah,,tapi pilu hati siapa yang tahu..inilah perasaan insan-insan
yang ditinggalkan untuk meneruskan hidup..
Bacaan talkin yang kedengaran
sayu,,taburan bunga-bungaan dan air mawar
yang harum mewangi pengakhirannya..semuanya pulang ke rumah,,dengan air
mata yang masih bersisa,rasa rindu yang kian menyapa,,namun jenazah di dalam
kubur menunggu kedatangan malaikat yang akan bertnya dan menjalankan
tugasnya..dengan pakaian tidak berwarna,,tiada hiasan,,putih dan bersih
semata-mata..ketika ini hanya amalan semata-mata yang di bawa sebagai mulut
untuk berbicara menjawab segala pertanyaan..
Bila seseorang itu telah mati,,berguna
lagi ke segala yang telah di tinggalkan di dunia???siapa kata kita terputus
hubungan dengan mereka?amalan soleh dan kain kafan saja yang dibawa bersama
bersemadi namun anak-anak yang soleh yang di tinggalkan sentiasa membantu
mereka..walau tidak lagi bersua bertentangan mata,,tetapi segala kebaikkan yang anak-soleh ini lakukan
ganjaran pahalanya akan diterima mereka..anak-anak yang soleh tidak sesekali lupa
pada ibu bapa yang telah tiada..didiklah anak-anak menjadi anak-anak yang soleh
kerana mereka akan sentiasa membahagiakan ibu bapanya bukan saja di dunia malah hingga ibu bapanya sudah tiada...ibu bapa yang telah
tiada sentiasa menanti-nantikan amalan soleh dan kiriman pahala daripada anak-anak soleh mereka..pahala
yang dikirimi umpama cahaya,,
Wassalam..semoga bertemu lagi..