Suatu hari ,,malam setelah selesai majlis ijab dan qabul,,(“,^)
sepasang suami isteri yang sangat bahagia berbual mesra..
Suami : Assalammualaikum sayang..terima kasih kerana sudi
menjadi isteri abang..abang ini insan yang banyak kekurangan..
Isteri : saya juga nak ucapkan terima kasih kerana abang
sudi terima saya seadanya....
Suami : Sayang,tidak manis rasanya kalau abang terus
berahsia..
Isteri : (diam membisu hanya mendengar..sambil merenung manja
ke arah syurganya..)
Suami : dengan hati yang jujur dan ikhlas abang mahu beritahu
sayang bahawa di dalam hati abang telah ada DIA sebelum sayang dan abang akan
terus menyayangi,, mencintai DIA lebih daripada sayang malah lebih-lebih lagi
daripada abang sayang pada diri abang sendiri..
Isteri : ( masih lagi mendiamkan diri..tetapi tersenyum sopan
memandang suami yang berbicara lembut disisinya..)
Suami : sayang tak marah abang?sayang tak cemburu?tak
sedih?ini malam pernikahan kita tapi abang memberitahu sesuatu yang boeh
membuat sayang rasa terluka dan teraniaya..(dalam debaran suami menanti reaksi
isterinya)
Isteri : tiada sedikit pun rasa yang tidak menyenangkan
dalam hati saya setelah abang berterus terang..kerana saya redha..(redha dan tawakal sifat terpuji),,,.abang,,kini
abang adalah syurga saya..saya juga berlapang dada mahu memberitahu abang satu rahsia..sebenarnya...hati saya telah DIA miliki sebelum abang..saya juga seperti abang
sanggup meninggalkan apa yang saya suka dan sayang kerana DIA..tidak terkecuali
abang juga akan saya lepaskan seandainya abang menghalang hubungan saya dan DIA..maafkan saya abang..
Suami : (mata suami berkaca seperti hendak menitiskan air
mata namun senyuman dibibirnya semakin melebar) abang bersyukur dan faham sayang..abang redha..abang sangat
gembira..(sambil tersenyum,,suami membelai tangan isteri tercinta)..
Isteri : abang boleh terima saya dan DIA?(Ya Allah aku bersyukur Kau beri aku seorang imam yang soleh detik hatinya)
Suami : sepenuh jiwa raga tanpa ragu sayang..(setelah beberapa minit berlalu),,,
Suami & Isteri : adakah DIA yang kita maksudkan ALLAH
sayang?(mereka serentak bertanya antara satu sama lain)mereka tersenyun bersama
sambil mengangguk sedikit tanda memberi jawapan pasti..mereka sangat bersyukur
kerana Allah mereka bersatu dan biarlah kerana Allah juga mereka
berpisah..mereka menadah tangan berdoa moga keimanan ini kekal hingga hujung
nyawa..aminn..