sEGaNtANG,,BaGaiKAn SEcuPAk

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


SEGANTANG,,BAGAIKAN SECUPAK | Bertemu lagi buat sekian kalinya..menambah entry terdahulu..sekadar berkongsi buah fikiran..

Setiap daripada kita telah Allah tentukan ajalnya,jodohnya juga rezekinya sejak berada dalam rahim ibunya lagi..
Namun Allah suka kepada hambanya yang sentiasa berusaha dan sentiasa berdoa kepadaNYA..setiap orang mempunyai bahagian rezeki yang berbezaterlalu universal(luas)untuk ditafsir..ada orang mendapat rezeki peluang pekerjaan,,mungkin juga rezeki kewangan dan sebagainya..adakalanya kita melihat seseorang itu mudah mendapat apa yang diingininya tanpa perlu terlalu bersusah payah berusaha..jangan iri hati itu bahagian dia..kadangkala apa yang terzahir tidak seperti yang batil..

alhamdulillah itu rezeki mereka (: ..tetapi ada pula segelintirnya terlalu sukar..tak pe,,jangan berputus asa..apa yang aneh apabila terdapat juga yang telah miliki segala-galanya,,kewangan yang banyak,hidup selesa,bekerja bertungkus-lumus,keluarga yang besar tapi masih berasakan masih belum mendapat kepuasan dan belum mencukupi baginya..mencari harta dan kekayaan untuk kesejahteraan keluarga itu memamg dituntut..sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud

"Biarlah kamu mati meninggalkan harta untuk anak kamu. Ia adalah lebih baik daripada anak kamu meminta-minta kepada orang lain selepas kamu mati."

tetapi sayangnya hati sentiasa rungsing,risau,gelisah dan takut..kenapa ye..mungkin juga disebabkan tiadanya keberkatan dalam setiap harta dan kesenangan yang dimiliki..segala apa yang kita miliki adalah hak mutlak Allah SWT..DIA pinjamkan sekadar satu ujian dalam kita menjadi khalifah di muka bumi ini..

walaupun kita berusaha,,tanpa izinNYA kita takkan perolehinya juga..tidak  salah kita sedekahkan atau berkongsi sedikit harta yang ada kepada yang memerlukan dan berhak..seperti fakir miskin,anak yatim dan ibu tunggal,,kerana bukan semua yang kita miliki menjadi hak kita sahaja..ada juga hak orang lain di dalamnya..sebenarnya bukan berapa banyak harta yang kita ada pokok bicaranya,,setakat mana keberkatan rezeki yang kita perolehi...harus kita fikirkan..

Wassalam 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. ada orang gaji nya beribu2 .. tapi hidup sentasa rasa tak cukup itu dan ini .. tapi ada orang gajinya sedikit , tapi sekali pun mereka tak pernah merungut tak cukup duit .. beza kan .. biar gaji yang sikit bersama berkat , dari gaji beribu2 yang takde berkat nya kan .. kalau setiap hasil yang kita usahakan itu diberkati , insyaallah kita sentiasa merasa cukup .. yang penting kita usaha mencari berkat Allah .. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. selagi manusia ni tak bersyukur,,selagi itulah sentiasa rasa tak cukup..untuk membntuk darah daging,,yg pnting keberkatan bukan berapa banyaknya..

      Padam
Terbaru Lebih lama