Cun Pada Mata Manusia..Beautiful Pada Pandangan ALLAH


CUN PADA MATA MANUSIA BEAUTIFUL PADA PANDANGAN ALLAH. Assalammualaikum semua..hai,,hai,,hai..apa khabar kalian semua..bagaimana hari-hari yang kalian  lalui..penuh warna warni seperti pelangi atau suram dan mendung seperti musim sekarang ini..musim tengkujuh..tidak kiralah apapn keadaannya,,hidup mesti di teruskan dengan penuh semangat dan iltizam yang kuat untuk menjadi insan cemerlang..caiyok..caiyok..hehe.. *_O..

Berkerja bersungguh-sungguh..kerana mencari rezeki yang halal tu satu ibadat dan sangat dituntut dalam agama..rezeki yang berkat seharusnya dikongsi bersama ahli keluarga,,rakan-rakan..jangan lupa peruntukan untuk tabungan,sedekah dan satu lagi unsur penting yang mana kewangan tersebut akan disalurkan adalah perbelanjaan untuk keperluan penjagaan diri iaitu khusus untuk kecantikan..betul tak?

bagi yang tidak begitu obses terhadap kecantikan cukup sekadar membeli pelembab bibir dan bedak  powder saja atau pun minyak wangi..sekadar seadanya saja la..tapi bagi yang obses dan sakan menjaga penampilan diri keseluruhannya terutama dari sudut kecantikan..tidak mustahil ribuan ringgit dilaburkan untuk alatan kosmetik dan rawatan kecantikan semata-mata..tidak kiralah sama ada golongan wanita..mahupun golongan lelaki metrosesual(menjaga kecantikan)..

mereka ini biasanya akan membeli  alat solek yang berjenama dan berkualiti tinggi  tidak kira keluaran dalam atau pun luar negara..wang..tidak menjadi masalah bagi mereka asalkan cantik..penjagaan kebersihan ,kesihatan dan kecantikan sememangnya digalakkan supaya kita tidak dilabel sebagai kurang pembersih..semua orang suka cantik,,semua orang suka bau wangi,bukan saja orang dewasa,,tapi zaman sekarang ini,,anak-anak sekecil berusia 2 tahun pun sudah pandai bergaya dan mengenali alat kosmetik..

Cun Pada Mata Manusia..Beautiful Pada Pandangan ALLAH

wah jauh beza masa zaman saya kecil-kecil dulu..saya cuma kenal bedak sejuk,,bedak aiken untuk kanak-kanak.,,celak pun sekali sekala bila ziarah orang balik mengerjakan fardhu haji..lantaran tidak di didik kearah itu,alhamdulillah hingga kini saya bukan golongan wanita yang obses kepada kecantikan..sederhana saja dalam mengikuti peredaran kemajuan fesyen juga..suami pun smile saja jimat duit katanya..amboi..biarlah saya tunjukkan kecantikan dari sudut lain bukan luaran semata-mata..begitu juga suami tercinta..kami lebih selesa bersederhana dalam segala hal..

realitinya tidak ada siapa pun boleh menegah atau melarang hak seseorang itu,,tetapi kita haruslah bijak memilih dan menggunakan alatan kosmetik..bahan yang digunakan mestilah daripada bahan yang halal dan selamat digunakan..adalah lebih baik meminta pandangan daripada yang pakar..,kerana muslim dan muslimah akan mengambil wuduk dan mendirikan solat..bagaimana status solat kita andai ada benda yang tidak halal pada diri kita..terutama pada wajah kita..

bersederhana saja sudah memadai kerana andai keterlaluan terutama bagi wanita secara tidak langsung ianya akan menarik perhatian bukan muhrim kita terutama apabila kita berada di khalayak ramai..ada segelintir daripada kita risau dan takut dilabel tidak pandai bergaya dan tidak style..tapi pernah ke kita terfikir wajarkah kita kejar dan mahu menutup cacian orang yang sama seperti kita manusia biasa hinggakan kita tinggalkan apa yang telah disyariatkan kepada kita..hukum yang telah jelas termaktub dalam Al-Quran..

mengapa kita segan dengan cacian orang tapi tidak takut dengan laknat Allah?..masyaallah..cantikan dalaman(qalbu) dari segala virus berbahaya dahulu(hasad,dengki,dll)..kerana auranya pasti terserlah pada wajah yang tulus..kalau manusia menilai luaran kita yang sementara tapi Allah menilai hati kita tanpa prajudis siapa kita,,berusahalah menjadi beautiful pada pandangan Allah kerana ianya amat berguna untuk bekalan di akhirat kelak..pujian dan cacian di dunia ini sekadar asam garam kehidupan di dunia sementara..usah gadai dan rebah kerananya..

Wassalam..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama