!i!i..seDia >>sEkaLi lAgI bErmula..i!i!


Bismillah,,assalammualaikum follower yang dihormati dan sangat-sangat dihargai..terima kasih kerana sudi singgah di blog saya..meluangkan sedikit waktu menziarah entry-entry saya yang mungkin tidak begitu menarik ini..terlalu banyak kekurangannya dalam diri ini..sesungguhnya saya insan yang banyak membuat khilaf..sedang memperbaiki diri dan akan terus melakukannya..amin..

sama-samalah kita berusaha meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT..siang malam bersilih ganti..hujan panas bergilir-gilir..masa berlalu tanpa kita sedari..detik demi detik..langkah demi langkah..setiap hari ia berubah,,bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh menghargai setiap nikmat kurniaan ILAHI..tidak sedetik pun terabai..alhamdulillah..kalau boleh kita juga berusaha menjadi antara salah satu daripada mereka..

setahun berlalu..pelbagai warna mewarnai hari-hari kita..baik,,buruk,,kurang,,lebih..lengkap..sesungguhnya kita ini bukan manusia sempurna..terkadang terlalai..selalu terleka.acap kali terlupa..dari situ kita perlu mula muhasabah diri..menghitung salah dan silap,,mengira amal ibadat..kita sendiri dapat meneka bakal mendapat buku dari belah mana..mungkin kiri..nauzubillah..atau kanan..alhamdulillah..

semua terletak pada usaha dan ikhtiar kita..Allah sentiasa membari ruang dan peluang pada semua orang..tiada yang terlebih atau terkurang..bagaimana kita merencana setiap langkah agar tidak tersasar dari landasan iman dan taqwa..semua berbalik kepada ilmu yang ada..nak rahmat kena doa..nak petunjuk juga kena doa..pokok pangkalnya setiap apa yang kita ingini berdoalah kepad Allah maha pencipta kerana doa itu senjata oang mukmin..

apa yang telah berlaku dan berlalu biarkan ia menjadi sejarah yang tidak perlu di singkap lagi..esok kita akan memulakan langkah baru..buku baru dan niatkan dalam hati dengan niat yang baru..berazam untuk lebih banyak  lakukan amal kebaikan..jangan lihat siapa kita dulu..tapi pandang ke hadapan untuk mencari siapa kita pada masa akan datang..bentuk sahsiah diri agar menjadi mukmin sejati..

untuk berubah kita mesti tabah..jangan mudah mengaku kalah..kalau tidak kita akan mudah rebah..rebahnya kita itulah memberi ruang dan peluang untuk anasir lain menghanyutkan kita dalam kancah noda dan dosa..SALAM MAAL HIJRAH 1434H bersamaan 1 MUHARAM 15 NOVEMBER 2012..mungkin ini peluang kita yang terakhir..susun strategi,,mantapkan  pendinding diri..membina jati diri semoga akan sejahtera di sana nanti..

wassalam
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama