Bismillah..
salam sayang buat semua reader dan follower saya..
saya sentiasa menghargai kalian semua..syukran..alhamdulillah Ya Allah kerana masih lagi mengizinkan kami menumpang di bumiMU ini..semoga kami menjadi insan yang sentiasa bertaqwa kepadaMU..amin..Allah suka kepada hambaNYA yang bersatu padu..bekerjasama..saling membantu..aape yang penting..kerjasama..cewah macam wonderpet la pulak ye..tapi kita jadilah wonder caliph..tak gitu *_+ ,,,kerana di situ ada nilai keberkatan dan jalinan silaturahim yang kuat dan utuh..
tidak semudah membilang 1,2,3..atau membaca A,B,C untuk menjalin satu jalinan dan menyimpul satu ikatan persaudaraan sesama kita..lantaran setiap orang daripada kita ini ada hati,perasaan,pendapat dan personaliti yang sangat berbeza..*_* kesepakatan itu agak sukar terjalin kecuali dengan adanya sifat dan sikap saling menghormati,bertolak ansur dan sabar..alangkan saudara seibu sebapa pun ada yang bertelagah juga bermasam muka tidak bertegur sapa..inikan pula dari latar belakang berbeza..tidak seibu..apatah lagi sebapa..
sememangnya sukar mencari titik sejahtera itu…namun dengan izin Allah tiada apa pun yang mustahil..dan apabila sesuatu yang kita ingin lakukan itu di niatkan kerana Allah insyaallah semuanya pasti akan berjalan lancar..apa pun yang kita mahu lakukan andai perkara itu suatu yang baik dan membawa manfaat kepada orang lain..maka niatkan kerana Allah..kadangkala apa yang kita hajati itu walaupun baik..menjadi sebaliknya..menjadi perselisihan faham..menjadi pergaduhan dan sebagainya..semua ini adalah ujian Allah untuk menilai keimanan dan sebijak mana kita menggunakan akal yang Allah kurniakan..
tidak ada satu pun ciptaan Allah di bumi ini sia-sia..semuanya ada gunanya dan memberi manfaat kepada kita..Allah itu Maha Mengetahui..cuma kita harus bijak mengambil tindakan sewajarnya..andai tercetus salah faham di kalangan saudara mara,rakan-rakan,jiran tetangga dan sesiapa saja yang kita kenali..bantulah mereka..nasihati mereka,tenangkan hati dan perasaan mereka,buat mereka gembira..andai mereka telah renggang,,rapat semula mereka,sememangnya tidak mudah menyatukan apa yang telah terlerai,,berdoalah,berusaha dan bertawakkal kepada Allah..
lagi satu aspek yang penting dan utama adalah dalam kita mencari kawan dan berhati-hati semasa membuat kebaikkan..tidak semua orang boleh terima segala kebaikkan kita kerana ada yang menganggap kita pesaing mereka..begitu juga rakan-rakan..tidak semuanya ikhlas menerima kita sebagai rakan..seperti mana peribahasa ‘talam dua muka’ atau ‘gunting dalam lipatan’atau ‘api dalam sekam’..bukan niat untuk menuduh mahupun bersangka buruk..namun sewajarnya kita sentiasa berhati-hati dan berwaspada..namun untuk mendapat redha dan rahmat dariNYA,,sewajarnya kita sentiasa bersangka baik..
kita hidup di dunia ini sekadar seusia
yang ada saja..bakinya untuk menetap selamanya di sana(akhirat)..seperti jarum dan benang khidmatnya untuk mencantum apa yang terkoyak..menyatukan apa yang terlerai..merapatkan apa yang jarang..besarnya jasa jarum dan benang hingga kita boleh menutup aurat dengan pakaian yang dicantum menggunakan jarum dan benang..sekadar perumpamaan..moga kita aplikasikan ia dalam kehidupan seharian..
Wassalam
O_0