_-_- BilA LagI -_-_


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Apa yang penting???...kerja sama..apa yang penting???..keikhlasan..ini bukan wonderpet tapi wonderbest friend..wonder neighbour..hehehehe..semangat kejiranan dan setia kawan..bila kita tinggal atau duduk tidak kira di mana sekalipun..selagi kita mempunyai jiran tetangga..kita wajar saling hormat menghormati dan saling membantu antara satu sama lain..

tidak kira dalam susah atau ketika senang..jangan sesekali bersikap sombong dengan jiran atau kawan-kawan kita kerana suatu saat nanti mereka ini mungkin yang pertama datang menghulurkan bantuan tatkala kita dalam kesusahan..tidak semua perkara kita mampu dan berdaya untuk uruskan sendirian..nak harapkan ahli keluarga..mereka tinggal berjauhan dari kita..nak harapkan saudara mara..mungkin mereka punya agenda dan urusan sendiri..jarak dan waktu membataskan setiap langkah bantuan atau pertolongan..ini bukan bermakna ahli keluarga kita tidak mahu menghulurkan bantuan ye..

siapa yang paling hampir dengan kita ketika itu??..yes jira-jiran dan kawan-kawan.. Thumb up..memang tepat sekali..kalau kita sentiasa buat baik dengan jiran dan kawan-kawan,,mereka tidak perlu mangambil masa yang panjang berfikir untuk membantu kita..percayalah..apa??dapat jiran tak mesra alam??tak pe..kita buat baik juga..pengajaran dan pembelajaran melalui tauladan..kalau niat kita baik..insyaAllah Allah akan buka jalan,buka mata dan buka hati mereka untuk berubah..

kadang kala mereka berubah selepas menerima musibah,,ini kenyataan..dan saat ini barulah mereka sedar siapa kawan,siapa lawan,,di mana jiran,,ke mana kawan..jiran dan kawan yang baik akan membentuk persekitaran yang sangat positif..komunikasi dua hala..saling bertolak ansur dan bekerja sama..tidak mengira masa sedia membantu terdaya yang mungkin..

tapi ingat satu perkara..seperti mana kata pepatah..buat baik berpada-pada,,buat jahat jangan sesekali..jangan pula buat-buat tidak tahu..ha ni bahaya ye..jangan amalkan nanti buruk padahnya J..sebatang lidi tak mampu membersihkan walau sampah sebesar habuk,,tetapi bila sebatang lidi itu disatukan menjadi sebatang penyapu,,bukan sekadar habuk,,sampah pun boleh kita bersihkan..

yang berat sama kita pikul,,yang ringan sama kita jinjing,,ke bukit sama kita daki,,ke lurah sama kita turuni,,hati kuman sama kita rasa,,hati gajah sama kita lapah..bulat air kerana pembentung,,bulat kita kerana muafakat..cewah,,berperibahasa pulak ye?!..kalau silap tolong betulkan ye..

hujung-hujung tahun kadangkala ramai jiran-jiran kita berpindah ke rumah baru,,tidak kira sama ada atas arahan pihak majikan juga tugasan atau pun berpindah disebabkan mahukan kediaman yang lebih selesa..inilah masanya sumbangkan sedikit kudrat yang ada untuk membantu mereka..keikhlasan kita pasti mendapat ganjaran pahala yang berganda dripada Allah..amin..jangan abaikan langkah-langkah keselamatan diri ketika asyik membantu..

Wassalam  -_-
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama