IA HADIR TERLALU SUKAR DIJANGKA. بسم الله الرØمن الرØيم. السلام عليكم. Salam sayang dan salam hormat buat kalian semua..apa khabar hari ini?dah makan belum?dah lunaskan segala apa yang perlu dilunaskan?dah call ibu bapa adik beradik di kampung bertanya khabar?kalau belum mulakan daripada hari ini..biasakan apa yang tidak biasa..perbetulkan apa yang kurang tepat,,perbaiki apa yang kurang sempurna..setiap apa yang kita lakukan walaupun sekecil zarah,,Allah tetap pandang dan memberi ganjaran baik..insyaALLAH..
bagi yang kurang sihat,dapatkan rawatan,,sememangnya ubat itu tiada kuasa untuk menyembuhkan melainkan dengan izin Allah,,dan bila kita mendapatkan rawatan atau sebagainya,,niatkan dalam hati sebagai ikhtiar juga usaha untuk mencari penawar..jangan lupa berdoa kepada Allah agar sembuh dengan segera ye..kita inikan hanyalah manusia biasa..yang mudah lalai dan leka..bukan sahaja terhadap diri sendiri,malahan kepada keadaan sekeliling kita juga kadangkala kita pandang sepi..betul tak?..
nampak pun buat tak nampak je..buat dekk je eh..tak mau macam tu ok?..kadang-kadang kita rasa kurang sihat,,tapi kita anggap tiada apa hingga akhirnya rupanya penyakit kita itu sudah berada ditahap yang kritikal ..nauzubillah..dan kadangkala kita tahu kita sakit dah telah berusaha untuk merawatnya tetapi kurang berjaya..itu tandanya Allah sedang menguji kita,,kita bersama-sama ahli keluarga pergi bersiar-siar,jalan-jalan,jalan-jalan cari makan pun boleh juga…berkelah di tepian pantai,,bukan bermadu atau berpadu asmara ye..hepp..membawa bekalan makanan dan minuman..semua bekas sisa makanan dan minuman itu kita kumpul dan buang di tempat yang sepatutnya..alhamdulillah..akhlak mulia tu..
Dan tidak salah juga andai kita sama-sama mengutip sampah yang berhampiran dengan kita ketika itu..keadaan bersih..dapat pahala..betul tak?..bagi yang tinggal di kampung pula…aduhai seronoknya..aman damai dan tenteram..keliling rumah ada banyak pokok buah-buahan..di halaman rumah banyak pokok-pokok bunga..di kebun-kebun ada pokok pisang,,kelapa sawit dan pokok kopi..sentiasa menghijau pada pandangan mata..bagus..seboleh mungin kita elakkan daripada menebang ia kerana sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan masalah hakisan tanah dan banjir di kawasan keliling rumah apabila hujan sedikit lebat dan berpanjangan..
ok lepas ni kita beli benih dan anak pokok dan tanam semula pada kawasan yang lapang dan bersesuaian..semuanya nampak sebagai rutin..rutin kitaran hidup kita sebagai manusia dengan alam,dengan sesama kita,tetapi tanpa kita sedari sebenarnya kesan yang wujud itu adalah tanda amaran dan peringatan Allah kepada kita..
namun yang membezakannya adalah cara bagaimana,bila dan di mana itu berlainan antara satu sama lain..amaran dan peringatan Allah ini untuk menyedarkan kita dan mensyukuri nikmatNYA..menjaga segala anugerah yang sementara ini sebaik-baiknya..Allah itu tidak pernah menzalimi hambaNYA..bila Allah menurunkan sesuatu ujian dan dugaan..beserta dengannya pasti Allah juga telah menyediakan hamparan laluan yang tidak kita ketahui..
bermunajat kepada Allah agar kita dapat menemui titik penyelesaian dalam meleraikan simpulan dugaan itu..segalanya daripadaNYA juga dengan izinNYA..
wassalam
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Ia hadir Terlalu Sukar Dijangka
Tags:
Santai