بسم الله الرØمن الرØيم
السلام عليكم
Bila kita sakit ..kita makan ubat kan..kan..sebab nak cepat baik..bila kita luka terkena benda tajam,,banyak darah yang keluar,,kita kelam kabut cari minyak cap gamat..memang dah sinonim agaknya bila luka saja mesti sapu minyak gamat..mungkin khasiat ulat gamat itu sendiri yang cepat menyembuhkan luka..itu menyebabkan minyak gamat famous sangat..masa tu muka pucat sambil nangis-nangis..baik mengaku..hehehe.. ^,*
baiklah ini petua,,kalau kita pergi mana-mana terluka dan keluar banyak darah..baca selawat Nabi tiga kali tiup dan ludahkan tempat yang luka tadi..contohnya luka di jari,,tangan..selain tu guna daun senduduk pun boleh..tapi kalau tengah sibuk shopping,,kat mana la nak petik daun sendudukkan..so ludahkan saja sambil selawat..insyaAllah darah akan berhenti.. luka dihati..zikir banyak-banyak ye..
bila darah dah berhenti keluar..cepat capat cuci tangan ye..takut orang sebelah pengsan pulak …kehkehkeh..iyelah malang tidak dapat di dugakan..kita tidak sentiasa membawa ubat atau minyak gamat tu ke mana-mana..adakalanya suatu kejadian yang berlaku semasa kita leka dan tidak disangka-sangka..betul tak..itu normal la..sebab tu kita kena sentiasa bersedia dan berhati-hati ..kalau boleh sediakan first aid kit dalam kenderaan kita..
biasanya kaum ibu dan nenek atau atok kita rajin sangat bawa bekalan ubatan ni bila keluar ke mana-mana..tengoklah beg mereka..besar tapi banyak manfaatnya bukan untuk bergaya semata-mata..kiranya pakej la..paling tidak pun minyak angin dan gula-gula..kalau nak dibandingkan dengan kita segelintirnya,,beg kita sama besar dengan mereka tapi isinya jauh berbeza..lebih kepada keperluan peribadi..lepas ni sediakan sedikit ruang dalam beg kita tu minyak panas ke,,minyak cap gamat ke..sepapan panadol pun tak ada salahnya..betul tak..untuk manfaat bersama..kalau permintaan tinggi jual..dua seringgit ye,,boleh..hehehe..sedekah la saja,,dapat pahala..terbaikk.. :)
iyelah mak atau nenek kita tidak sentiasa bersama kita..kedai atau farmasi pun belum tentu berhampiran dengan kita..tapi jangan sampai beg kita jadi mini market pulak ye..senget pulak bahu nanti.. J..selain sikap ``sediakan payung sebelum hujan``mak-mak dan nenek-nenek kita ni lagi satu yang mereka ni suka sangat buat promosi kat anak-anak cucu mereka tak lain dan tak bukan amalan makan jamu juga ulam-ulaman..betul tak…
amalan memakan jamu ni tidak kira anak dara mahupun mak kepada si anak dara..lagi-lagi si ibu yang lepas bersalin(dalam pantang),,kemudian ulam-ulaman
yang pelbagai..tambahan di kampung-kampung semuanya mudah untuk didapati sama ada mengambilnya di kebun mahupun ditanam sekitar kawasan rumah..memang terbaik dan sangat bertuahlah kalau sesekali balik kampung,,kena makan ulaman hasil kerajinan ibu kita bercucuk tanam..
J/L..sabar ye bagi yang kurang berminat dan yang memang suka ulaman tiada masalahkan..yeyy..ulaman ini walau kadangkala tidak mampu untuk ditelan,,kerana rasanya yang pahit,pedas,kelat dan pedas..tapi banyak khasiatnya..hehehehe..contohnya pucuk betik muda,pucuk senduduk,daun rambai hutan,,memang pahit tapi elok untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengawal dibetis..air rebusan daun inai dan kunyit hidup,,baik untuk merawat luka dalaman bagi wanita..daun pegaga dan kunyit hidup muda dijadikan ulam ,,elok untuk awet muda dan membuang darah kotor..petai..amboi ni kalau makan sebiji pun baunya sangat harumm,,apatah lagi berpapan-papan kita makan..lagi la mewangi sekampung..
elok juga untuk mencuci buah pinggang..nilah amalan makanan orang dulu-dulu dan di kampung-kampung masih ada lagi yang mengamalkannya tak kurang juga yang tinggal di bandar..mungkin salah satu sebab mengapa orang dulu-dulu mak-mak dan atok nenek kita sentiasa awet muda dan bertenaga walaupun sudah berusia..
tak salah generasi muda macam kita untuk mencuba dan mengamalkannyakan ..sikit-sikit lama-lama jatuh cinta..walau apa pun yang kita makan dan amalkan,,harus berpada-pada..asal jangan hingga apa yang kita makan itu memudaratkan diri dan mengancam nyawa sendiri..tidak kira sama ada apa yang diamalkan secara moden atau tradisional..
wassalam