بسم الله الرØمن الرØيم
السلام عليكم
Semakin hari semakin besar..semakin cantik..semakin canggih..aircond semakin banyak maka semakin sejuk,,ditambah lagi hiasan yang menarik tertarik..ko memang the boooomm..hihihihi..kipas yang antik,,maka sedap mata memandang dan lapang dada bila menjejakkan kaki ke dalamnya..kalau dulu fungsinya agak terhad tapi sekarang lebih meluas dan masih mengikut syariaat dan tidak melanggar hukum syarak..terbaik la bak kata boboboy..
permaidani atau karpet tebal terbentang luas..seluas perseginya..lengkap..penuh..tandas yang sentiasa terpelihara kebersihannya..kombinasi warnanya sahaja tidak kira luaran mahupun dalaman mendamaikan..sesuai untuk mendapat dan mencari kedamaian bagi hati dan jiwa yang masih hidup..bagi orang orang yang beriman..
apabila ramai orang menggunakannya maka saluran pahala juga turut diperolehi si perekanya..setiap yang terlibat pasti mendapat ganjaran pahala..masakan tidak mereka,membina dan menghias rumah Allah..lampu lampu hiasan yang tidak kurang cantiknya..kadangkala cahayanya kelihatan luar biasa..kretiviti manusia..melihat sahaja dari luaran cukup mengkagumkan..alhamdulillah..
tapi entah di mana silapnya MASJID atau SURAU ini semakin sepi..barisan safnya semakin berkurangan,,dan dalam satu saf itu pun kadangkala tidak sampai pun sepuluh orang..Allahuakbar..di masjid dan di surau inilah tempat yang sentasa di penuhi oleh para malaikat..sangat beruntunglah kepada sesiapa yang memanjakan diri dan hatinya untuk melakukan ibadah di surau dan di masjid..
maka dirinya sentiasa berdampingan dengan para malaikat..subhanallah..cukup cukuplah memanjakan diri dengan tilam dan bantal,,selimut dan bantal busuk tu..ucapkanlah selamat tinggal tembok di hujung kampun tempat selalu kita duduk melepak tu..kejutkan jiwa,,bangunkan minda,,ubah diri menjadi tetamu surau dan masjid..bukan sekadar datang dan balik..bukan sekadar singgah untuk membuang air besar dan air kecil..tetapi beribadah kepada Allah..beristiqomah mengimarahkan surau dan masjid yang ada..
kalau dulu fungsi surau dan masjid ini agak terhad untuk beribadah semata mata tapi sekarang banyak agenda disusun untuk menghidupkan masjid dan surau yang ada..masjid dan surau di jadikan tempat menuntut ilmu seperti usrah,,ceramah agama,,sambutan maulidurrasul,,tilawah Al Quran dan yang paling penting semuanya terarah kepada menjalin ukhwah fillah..alhamdulillah..
gosip??..ada saja..di mana mana..tak kira masa dan tempat..”eh milah..ko tengok telekung si kiah tu..mak oii..bukan main tebal lagi ha sulamnya..tiga belas inci ko..kalah manik kat baju ko..”,,”amboi ko etot,,bukan main lagi melaram,nak dengar ceramah macam nak pegi konsert..siap bermekap..dah macam lampu trafik light ha aku tengok ,,kelopak mata hijau.bibr merah..gigi kuning..”..”ko ni nak masuk pertandingan ratu cantik ke model ni peah oii..dengan handbag kulit buaya jantan,kasut tumit tinggi kulit ular sawa mati terkejut..kerongsang besar boleh buat sudu,,walau datang dengo ceramah tapi penampilan ko memang ngetop la peah..ansuran bulanan jangan lupa bayar bila dapat duit kutu nanti..” (nama atau watak sekadar rekaan)
masyaAllah..subhanallah..bila kita mahu berubah dan bagaimana usaha kita untuk berubah..bila kita beribadah dan menuntut ilmu,,bukan banyak atau sedikit yang kita pelajari..tetepi sejauah mana keberkatan yang telah kita perolehi dalam melakukan kebaikkan itu kerana dengan keberkatan itu mampu mengubah kita daripada kurang baik kepada lebih baik..keberkatan itu umpama cahaya memandu kita ke arah husnulkhatimah..kita sama sama perbaiki diri.menempah syurga Allah..amin
..jangan sesekali kita mengaibkan orang walaupun dengan niat bergurau senda kerana suatu saat nanti aib kita pasti ada juga yang membukanya..jaga jaga Allah sentiasa memerhati..malaikat maut semakin menghampiri..pintu taubat masih lagi terbuka luas.. :)
Wassalam..
huhuu... memang sekarang mana2 pun macam tu. lainlah kalau kat kawasan kampung, masjid sentiasa penuh.
BalasPadamkan kak..betul la kak..ibu bapa kena semai cintakan masjid dan surau ni daripada anak2 kecil lagikan..amin..
Padamsusah nak tengok masjid penuh :)
BalasPadambetul..tak kira di bandar atau kampung.. :)
Padammemang betul masjid semakin canggih seiring dengan kecanggihan bandar, tapi bekerja di bandar terpaksa mengikut waktu yg biasanya 8 pagi ke 5 ptg, nak ke masjid pun rasanya bila hari Jumaat je sbb nak solat Jumaat, berbanding kalau bekerja kampung nak2 lagi kalau berkebun ke, berladang ke cuma waktu pagi, tengahari dah boleh balik dan sempat juga menyinggah masjid ke, surau ke...oooo dahsyatnya sistem bekerja di negara kita, masa dengan famili berkurang, apatah lagi masa dengan Allah...ampunkan kami Ya Allah.
BalasPadamterima kasih kak komen..betul la kak..di kampung pun walau mereka kerja tak sepenuh masa..ada juga yang culas nak ke surau atau masjid..harap2 majikan sediakan ruangan solat untuk pekerja mereka dan bagi majikan yang bukan beragama Islam..membenarkan pekerja muslim tunaikan solat..
Padamorg yahudi akan takutkan umat Islam jika solat Subuh umat Islam seperti solat Jumaat. Jom2 kita berusaha supaya tidak menjadi umat buih =)
BalasPadamalangkah indahnya kalau dapat macam tukan..kita sama2 berdoa..kukuh benteng agama kita ni..
Padam