^-^ HahA..JaNgaN CUlaS^-^


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Senyum itu satu sedekah..kadang-kadang bila tengok orang lain senyum,,kita pun ikut senyum..sebab apa..sebab nak balas balik senyuman tu..kalau tak mesti orang cop kita ni kerek la..sombong la..ermm cubalah fikir positif sikit..mana la tau masa tu kita atau orang yang tak balas senyuman tu tengah sakit perut tahan nak buang air besar ke..betul tak?senyum je,,jangan nak lebih-lebih ye..kalau lelaki yang senyum..jangan balas..jeling garang tau..kihkihkih..kita kan wanita muslimah..senyuman tu untuk imam(suami) kita sahaja..bapa kita..boleh gitu..

nak bersedekah pun biar berpada-pada tau..wah tiba-tiba pulak jadi garang macam rimau..kesian harimau..kalau garang je dia jadi contoh terbaik..mesti bangga si perkasa rimba tu..laa ada yang tak setuju..kalau tak senyum macam mana nak ehem-ehem..kalau dah memang dia tu jodoh kita,,dan kita ni untuk dia..insyaAllah  Allah telah susun caranya..kadang-kadang tak disangka-sangka..ok?boleh?wah garang lagi..kihkihkih..takut tak?kalau orang cakap sombong bagitau semula saya sakit gigilah..tak boleh nak senyum-senyum..

aapa??!! Sakit gigi..alalala..kesiannya la..kata orang yang dah pernah melahirkan anak..dalam dunia ni kecuali kesakitan sarakatulmaut la..sakit nak bersalin la yang paaaling sakit..dan bagi orang yang pernah rasa sakit gigi..mereka kata sakit gigi ni la yang paaling sakit kalau nk dibandingkan dengan sakit nak bersalin..ermm difinisi dan pandangan masing-masingkan..kalau menahan kesakitan kedua-dua keadaan ini boleh membuatkan orang tersebut menangis itu bermakna sakit yang teramat sangat lah..cicak yang tidak bersalah melintas depan mata pun kena marah..bunyi ayam berkokok pun ayam kena marah apatah lagi kalau orang bising bising..percuma kena marah gara-gara sakit gigi..

kesimpulannya jangan sesekali ganggu atau ajak bergurau orang yang sedang sakit gigi atau sakit nak bersalin,,kerana dikhuatiri kita dapat hadiah pekej lebam sebelah mata dan retak rahang kanan kena takewando..hihihi :) apa pun sakit itu penghapus dosa-dosa kecil kita..mungkin ada perkara yang perlu kita berbaiki dan perbetulkan supaya tidak terus melakukan kesilapan..

kanak-kanak biasanya akan tumbuh 20 batang gigi susu lengkap secara berperingkat..step pertama biasanya tumbuh gigi rabbit dulu..dua batang hadapan pada gusi sebelah atas..tapi ada juga tumbuh gigi taring dulu dari dalam kandungan ibu lagi..masa tu memang sangat cutelah..comel saja bila baby senyum atau ketawa..manakala orang dewasa pula 32 batang gigi kekal..

okey..bila dah tumbuh gigi kekal ni maka kerajinan dan kesungguhan untuk menjaga gigi tersebut sangatlah penting..jangan culas(malas)nak gosok gigi..gosok gigi atau bersugi ni fardhu ain..Rasulullah SAW sendiri sentiasa bersugi..kalau malas nak bersugi tak mustahil gigi yang ada mudah rosak..sedikit sebanyak penampilan kita akan terjejas..kawan-kawan pun fikir banyak kali nak bercakap dengan kita..silap-silap guna sms atau call sahaja..bukan apa bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku..pengsan ke,,mabuk pening kepala ke..atau stress,,tak gitu..tapi kalau dapat kawan yang baik..dia terima kita dalam keadaan apa sekali pun..

bukan tidak bersugi sahaja buat gigi kita cepat rosak..malah ada lagi faktor lain menyumbang kepada kerosakkan gigi..ehh macam iklan pulak..terlalu banyak makan makanan yang manis juga boleh merosakkan gigi..merokok..menurut IMAM  AN NAWAWI ..kita digalakkan bersugi dalam lima waktu iaitu semasa hendak solat,,ketika berwudhuk,,ketika hendak membaca Al-Quran,,bangun daripada tidur dan ketika berubah bau mulut disebabkan tidak makan dan minum atau kerana memakan sesuatu yang berbau (contohnya:petai,jering dan lain-lain)..ini bermakna untuk menghadap Allah dalam melaksanakan ibadat juga kebersihan perlu diutamakan..kalau berhadapan dengan sesama manusia pun kita perlu menjaga penampilan..apatah lagi mahu menunaikan ibadat..

bersugi itu sunnah Rasulullah..sekarang ini terlalu banyak jenama ubat gigi yang berkualiti dipasaran..pilih sahaja mana yang bersesuaian dengan kita..untuk mendapatkan rawatan pergigian di klinik juga hospital pun sangat mudah dan murah..tepuk dada tanya hati..berani ke takut..kalau dah bersugi..dah buat rawatan gigi tapi masih sakit juga..itu bermakna gigi itu sudah sampai ajalnya..sudah tidak boleh lagi menabur bakti kepada tuannya untuk mengunyah makanan..

walau pun begitu..tanggal atau cabut gigi sebatang tidak bermakna kita berhenti mengamalkan sunah Nabi SAW mengunyah makanan sebanyak 40 kali..teruskan seperti biasa untuk membantu perut dan usus kita menghadam makanan..kesakitan..kekurangan jangan jadikan sebagai satu garisan penghalang untuk kita terus beristiqamah dalam melakukan amalan wajib mehupun sunnah..fardhu ain atau pun fardhu kifayah..

wassalam
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama