JanGaN…


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Jangan..janganlah sakiti hatinya lagi
Jangan ..janganlah buat jiwanya terseksa lagi
Jangan..janganlah buat hatinya merana lagi
Jangan..janganlah biar gugur air matanya lagi
Dia terlalu banyak bekorban,,bekorban berusaha menjadi wanita berakhlak kerana mahu memberi kita status bermaruah..

Dia sudah terlalu banyak menderita
Dia sudah terlalu banyak memendam rasa
Dia jugalah sudah terlalu banyak berjasa
Suatu masa dulu dia merelakan kita menumpang pada rahimnya
Suatu masa dulu kita membesar di dalam rahimnya
Suatu masa dulu kita sentiasa dibawa ke mana-mana..
Suatu masa dulu dia sangup bekorban nyawa untuk kita

Daripada sebesar telapak tangan
Daripada terlentang hingga mampu melangkah
Daripada bersuap hingga mampu makan sendiri
Daripada hanya mendengar dan melihat hingga mampu berbicara
Dia..dia sentiasa bersama setiap masa,saat dan detik,,Susah kita..susah dia
Sakit kita,,sakit dia
Berkongsi semuanya..malah dia lebih-lebih lagi susah dan sakit kerana kita
Terlalu besar,,teramat bermakna..andai diletak tanda harga pada setiap titik air susu yang telah kita telan tidak mungkin mampu untuk
kita membayarnya..terlalu berharga..tersangat bernilai..inilah jasad kita sekarang..

Dia sangat berbangga kita menjadi hartanya..terima kita seadanya..harta yang paling berharga untuknya
Jangan direntap gembiranya,,jangan direbut damainya,,jangan dirampas ketenangannya..
Didiklah hati kita,,didiklah jiwa kita,,bentuklah maruah kita agar menjadi anak kebanggannya..
Adalah lebih indah kita buat dia tersenyum walau hati kita terluka..adalah lebih manis kita buat dia bahagia walau kita sengsara..adalah lebih molek kita buat dia berdoa ingin hidup lebih lama..kerana punya anak sebaik kita..lukanya kita,sakitnya kita,sengsaranya kita,merananya kita masih lagi belum mampu menandingi sakitnya dia tatkala mahu melahirkan kita..belum..belum lagi..

Mampukah kita melakukan seperti mana dia lakukan..mampukan kita balas semua apa yang telah dia laburkanbelum tentu..belum tahu..belum pasti..tapi dia telah pun melakukan terhadap kita terlebih dahulu....dengan penuh tanggungjawab..dengan penuh kasih dan sayang..kerana kita adalah dia..dan dia adalah kita..
Jangan kita mengungkit andai ada terbuku dihati
Andai dia membangkit pasti kita terasa sakit
Jangan sesekali kita kasari dia ..

Andai dia menadah tangan permohonannya tidak pernah ditolak..awas dan ingatlah
Jangan kita persenda dan perkecilkannya
Kerana bersamanya terletaknya syurga kita..
Bagaimana untuk kita menjawab dihadapan Allah kelak lantaran menyakiti dia..
Mampukan kita menghadapi seksaan api neraka lantaran sebagai tebusan pembalas setiap titik air mata dia yang menitis..ALLAHU..ALLAHU..ALLAHU
Dialah IBU..EMAK..MAMA..UMMI..MUMMY..BONDA kita ..jangan kita mencipta sengsara duni,,neraka akhirat..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. ibu. engkaulah ratu hatiku. insan yang paling banyak berjasa dalam hidup ini

    sayang walidah <3

    BalasPadam
  2. huhuhu.. malam ni balik nak jumpa parents!

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah..hati-hati ye..semoga sampai dengan selamat ye..

      Padam
Terbaru Lebih lama