KerAK Nasi>> KasTurI…


ŲØŲ³Ł… Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų§Ł„Ų±Ų­Ł…Ł† Ų§Ł„Ų±Ų­ŁŠŁ…
Ų§Ł„Ų³Ł„Ų§Ł… Ų¹Ł„ŁŠŁƒŁ…

Beras..nasi..rice cooker..setiap rumah mesti ada semua ni kan..kan..rasanya satu kemestian ada semua barangan ini..untuk kegunaan seharian..kecuali yang sedang berdiet la..puasa nasi..dulu masa mula-mula kami berkawin dan nak pindah masuk rumah..baru mula-mula step pertama nak belajar hidup berdikari la gitu..ibu bapa kedua-dua belah pihak ada pesan..stok beras di rumah jangan sampai habis terus baru refill yang baru..seeloknya standby yang baru walaupun beras tu masih ada setengah kampit lagi..ini petua orang dulu-dulu la kan supaya rezeki kita tak putus..

mula-mula tu macam tak boleh nak terima juga sebab rezeki kita ini telah Allah tentukan kan..Cuma kita perlu gigih berusaha..tapi bila sudah dan telah laluinya sendiri ..yahh tu dia..memang betul..sebab nasi  ni boleh kita pelbagaikan walaupun tanpa lauk yang berat-berat..boleh masak nasi goreng..bubur dan seangkatan dengannya..jadi sebagai peringatan,,jangan sesekali membantah pesanan orang tua kerana mereka Cuma mahu kita bahagia..itu pun kalau tak nak jadi tanggang moden la..kalau rasa nak test power..silakan..tapi jangan menyesal kemudian hari..ingat tau..hehehe..

bagi yang berkemampuan boleh la beli rice cooker tak kira la brand apa sekali pun..bergantung pada rezeki masing-masing ok..no jelous-jelous ye..zaman dulu-dulu msak nasi pun guna periuk biasa je..ditambah dengan menggunakan dapur kayu..lagi-lagi kalau musim hujan,,kayu api dan sabut kelapa basah..lagi susahlah kaum wanitanya nak menanakkan nasi..periuk dan muka dah hitam,,nasi baru nak mendidih dalam periuk..begitu gigih nenek-nenek kita dulu-dulu masakkan untuk ibu bapa kita..

bila msuk rumah suami tengok isteri pun terperanjat..cakap orang minyak nak colek aku..padahal isteri sendiri..mentang mentanglah muka isteri hitam kerana arang kayu..memang tak cukup tanah la suami tu lari kena kejar dengan isteri  sambil bawa senduk..kalau dah memang rezeki tu takkan ke mana.. suami dapat la sebiji telur kat dahi..

itu pun tak banyak nasi yang boleh di makan..kerak yang lebih..kalau musim panas kerak nasi tu boleh di jemur..dah kering..di goreng pula..makan anak beranak..krupp..krupp..krapp..krapp bunyinya..meleleh air mata jiran sebelah tak dapat makan kerak nasi digoreng..tulah sapa suruh bagi kerak nasi tu pada ayam..kan rugi..ayam juga yang untung..dapat makan kerak percuma..menari dangdutlah  ayam-ayam tu sambil makan kerak..atok ayam duduk tepi..sakit gigi tak boleh makan kerak..eh..ayam ada gigi ke??..alamak..

kalau nak tahu atau sememangnya kita sedia maklum..kerak nasi ni memang la keras..tapi kalau di rendam dengan air akan jadi lembut..betul tak??sebab tu kaum wanita ni diibaratkan seperti kerak nasi..keras tetapi bila direndam dengan air lama-lama akan jadi lembut..kaum wanita bila marah memang marah sungguh sungguh..bila merajuk,,merajuk sungguh sungguh,,dan bila melakukan sesuatu juga bersungguh sungguh..belajar ke..bekerja ke..dan itulah sebabnya kenapa Allah pilih wanita menjadi ibu kerana hatinya yang mudah menyayangi dan simpati..kerana marahnya,geramnya dan rajuknya mudah dilentur..janji Allah untuk wanita,,seseorang wanita di akhirat nanti boleh memilih mana mana pintu syurga yang ingin dimasuki..dengan syarat..wanita itu taat kepada suaminya,,wanita itu menjaga solatnya ,wanita yang berpuasa  dan wanita yang pandai menjaga maruah juga kehormatan dirinya..beruntunglah andai kita berjaya menjadi wanita seperti ini..kita boleh!..kita mampu..kita insan istimewa..Allah cipta kita sebaik baiknya..

wassalam
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. kadang2 larangan orang tua ni ada yang tak masuk akal.. tapi, ada hikmah sebnarnya dalam setiap larangan dorang.. :)

    BalasPadam
  2. betul..kadang kadang agak payah nak di terima..tapi biasanya bersama-samanya doa restu itu yang perlu kita jaga..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama