بسم الله الرØمن الرØيم
السلام عليكم
Sayidina Abu Bakar As Siddiq ra
Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan kekayaannya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah ummat, ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa serta tutur bahasanya yang lembut dan menarik,dialah tokoh sahabat terbilang yang paling akrab dan paling disayangi oleh Rasulullah S.A.W.
Ssyidina Umar bin Khattab ra
Rasulullah SAW menggelarnya Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. menegakkan ketauhidan dan keimanan, merobohkan kesyirikan dan kekufuran, menghidupkan sunnah dan mematikan bid'ah. Beliau adalah orang yang paling baik dan paling berilmu tentang al-Kitab dan as-Sunnah setelah Abu Bakar As Siddiq.
Sayidina Utsman bin Affan ra
Sahabat Nabi yang sangat pemalu, paling jujur dan rendah hati diantara kaum muslimin, seorang yang saudagar yang kaya tetapi dermawan,
Sayidina Ali bin Abi Thalib ra
Berhikmah, bersikap lembut, terkenal dengan kefasihannya, berpendirian teguh,jiwanya penuh kasih sayang
Thalhah bin Ubaidillah ra
salah seorang pahlawan dalam barisan tentara perang Uhud, mendapat julukan "Burung helang hari Uhud."
Zubair bin Awwam ra
pengikut setia Rasulullah, salah seorang tentara Islam yang kuat yang selalu berdiri di barisan depan dengan harapan agar negeri-negeri yang musyrik dapat di takluki
Saad bin Abi Waqqash ra
orang ketiga paling dulu masuk Islam, dan orang pertama yang memanah musuh di jalan Allah, sangat suka memanah,
Said bin Zaid ra
memegang teguh janjinya kepada Rasulullah SAW untuk memerangi kaum musyrikin di negeri Persia
Abdurrahman bin Auf ra
mempunyai banyak keistimewaan, antaranya beliau diberitahu masuk syurga oleh Allah s.w.t. ketika masih hidup serta termasuk salah seorang dari enam orang anggota syura, berbuat baik, kepada Ummahatul Mukminin,mahir dalam masalah agama
Abu Ubaidah bin Jarrah ra
banyak meriwayatkan hadits dan selalu aktif dalam setiap peperangan umat Islam, banyak mengumpulkan Al Qur`an,
memiliki akhlak yang mulia, santun, dan tawadhu
Dan kita??..siapa sahabat sahabat kita..yang membina atau meruntuh..yang sentiasa melurus atau suka membengkok..kita bukan insan sempurna namun kita boleh berusaha untuk perbaiki diri..bermula dengan menyucikan hati..kerana hati sumbu kepada jasad..
Wassalam J
perkongsian yang terbaik wak...banyak dpt ilmu disini~
BalasPadamalhamdulillah mr..mrs dan baby krole..terima kasih banyak..kita sama2 berkongsi sedikit ilmu..
PadamTerima kasih share ilmu kak perdu.. Lepas ini buat entry kisah nabi plak kak perdu.. Rindu plak. :)
BalasPadamterima kasih juga sebab singgah dan sudi baca ye adik akak..insyaAllah adik..akan di usahakan adik.. :)
Padammoge kita dapat contohi semangat dan kepribadian insan insan hebat ini :D
BalasPadaminsyaAllah mudah2an kita juga menjadi penghuni syurga Allah..
Padamsiapa sahabat saya ? salah satunya mestilah akak , hehe kita bukan setakat berkenalan di dunia sahaja malah di akhirat nty kita dipertemukan lgi , akhirat tu dunia sbnar kita , kita hendaklah berbuat baik sesama insan kerana bila di alam barzah nty kita disuruh minta satu kebaikan kepada org yg kita kenal , agak2 kalau kita jahat dekat org dia nk bagi tak satu kebaikan ? tepuk dada tanya iman =) harap2 di antara kita tiada dendam.
BalasPadamYa Allah terima kasih adik arina.. :) mungkin kita tidak berkesempatan bertemu di dunia..mungkin di akhirat kelak kan dik..betul la..sebab itu Allah berpesan carilah sahabat yang boleh memberi kebaikkan dan membawa kepada kebenaran bukan yang melalaikan dan merosakkan.. yup moga hati kita sentiasa putih :)
Padam