..AnTaRA dUa DarJAt,,


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Suatu pagi,,,
Miss M : hai AK..saya tengok awak monyok aje..sembelit ke putus cinta?kihkihkih..
AK : eh tak lah..ibu saya pesan,,belajar dulu mencari rezeki..mungkin esok lusa saya akan kena hidup berdikari..bersendiri..(mata jeling pisau yang tergantung tajam dan berkilat..uhh sedih,,)
Miss M : iyelah nasib awaklah kan..jadi apa sebenarnya masalah awak..
AK : saya sedih bakal kehilangan ibu,,boleh ke saya berdikari..menjaga diri sendiri..terlalu banyak musuh sedang memerhati..apatah lagi rupa saya yang tidak cantik ni..
Miss M : lain la saya kan..sentiasa cantik..tak kira masa..sentiasa..kelihatan hebat..tak hairanlah ramai yang menyayangi dan menyukai saya..kesian awak..(perli nampak..wekkk)
AK : untung lah awak..tak macam saya,,tak secantik awak..(dalam hati AK merintih..meluat pun ada..ini semua poyo katanya..ini semua pinjaman tau tak wahai Miss M) sambil tutup mulut kihkihkih..
Tiba-tiba
Tiada angin..tiada ribut,,hujan lebat melanda..
Miss M,,AK..dan sahabat yang lain lari bertempiaran mencari tempat berteduh..takut batuk  la katakan..selesema pun mungkin juga..hukhukhuk..
Tidak semena-mena..AK terdengar Miss M menjerit sekuat hati..
Miss M : aaaaaauuww..sakitnya..dah sampai ke ajal aku ni..seperti tersembul anak mata..
AK : kenapa Miss M??!!
Miss M : e..e..ekor saya yang cantik ni tersangkut pada akar pokok..tolong..tolong saya AK..tolong..
Dan tanpa berlenggah AK pun membantu dengan bersungguh sungguh..maklumlah  nak dapat pahala kan..tak gitu..walaupun pernah diperli,disindir..tolak tepi rasa pedih di hati..
Dan..
Miss M : terima kasih AK kerana bantu saya..saya kehilanagan ekor kebanggaan saya tapi saya mendapat sahabat baik seperti awak..mereka yang menyanjung saya entah ke mana..
AK : tersenyum(tau tak apa..)..dalam hati berbicara(walaupun bulu aku umpama gerhana,,berbintik umpama panau,,tapi aku tahu menghargai kawan kawan..)
Miss Merak dan Ayam Kampung menjadi sahabat baik..susah senang bersama..Cuma mereka tidak tahu ajal siapa yang bakal tiba terlebih dahulu..pada pandangan  Allah kita ini sama sahaja,,yang membezakan adalah amalan,sedekah jariah dan keimanan kita padaNYA..jangan sesekali kita bergantung pada kelebihan yang ada untuk meraih perhatian  daripada insan lain..yakinlah  segala keistimewaan yang kita miliki akan terserlah apabila keikhlasan menakluki sanubari..
Wassalam J 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Insaf. Kadang2 jd ego dgn kelebihan diri. Moga dijauhkan dari sifat riak, takabbur dan seumpamanya :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la..saya juga sentiasa bagi amaran dan peringatan pada diri sendiri setiap saat agar tidak menjadi hamba yang suka mendabik dada dengan apa yang kita ada..semua sementara :)

      Padam
  2. Apa pun yg kita miliki bukan milik mutlak kita. Hatta yg kita rasa hasil dari usaha kita seperti kekayaan, anak-suami-isteri, jawatan semua atas ihsan Allah. Jgn ingat kerana pakai cream itu-ini jadikan wajah cantik tapi tanpa izinnya semua tak dapat dimiliki. Insaf kakak ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju kak zakie..kita usaha macam mana pun tanpa izin dan redha Allah sesuatu itu tak akan berlaku..dan sesuatu yang kita telah miliki juga andai Allah ambil kembali..tiada siapa mampu menidakkannya :) kita semua milik Allah..

      Padam
  3. betul tu.. selalu kita anggap yang rapat dengan kita yang akan menolong kita disaat kita kesusahan.. tetapi, sebaliknya yang terjadi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tepat sekali zie..masa susah itulah kita dapat lihat sinaran permata.. :)

      Padam
Terbaru Lebih lama