بسم الله الرØمن الرØيم
السلام عليكم
Dulu dulu..selalu dengar nenek berpantun..tak kiralah menyindir,lawak yang kalau gelak boleh panjangkan usus atau nasihat..tak jemu..tak bosan..kalau bosan tutup telinga pakai pinggan..besar sikit..boleh gitu..derhaka punya cucu..Al Fatihah buat nenek.. L..rindu..dulu pantun yang glamor
BUAH CEMPEDAK LUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH TOLONG
TUNJUKKAN.
Peringatan ikhlas ni,,sebelum jolok tu tengok dulu pangkal pokok tu kat mana ye..ahahaha..bukan usha buahnya yang bau harum semerbak tu je..jadi bertanya lebih baik ..kalau nak sangat minta izin..pak abu tak segan silu tunjukkan..bukan buah mana yang masak tapi tunjukkan pangkal pokok cempedak..aduh..sekali pokok cempedak pak aaabu da,,kihkih..
PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR,
MASAK SEBIJI ATAS PETI,
HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR,
HUTANG BUDI DIBAWA MATI.
Wah sebut emas..bling bling mata..Pesanan tulus ikhlas ni..bukan setakat bayar saja..zakat emas jangan lupa lunaskan tau..haisshh buat buat lupa pulak..apa???yang penuh sampai ke siku tu zhulian??suasa??emas tikam tikam??ermmm ok..selamat..tak pelah kalau teringin nak pakai tapi kurang berkemampuan..tak salah pun..daripada kita meminta minta..daripada kita berhutang..tak gitu..tapi kesian jiran sebelah..mintak suaminya belikan pattern gelang yang sama..kiah tertipu dik..kiah sentap.. ^,*..
PUCUK PAUH DELIMA BATU,
ANAK SEMBILANG DITAPAK TANGAN,
WALAU JAUH BERIBU BATU,
HILANG DI MATA DIHATI JANGAN.
Betapa sucinya ikatan ukhwah yang terjalin..mesti dipelihara..Allah tak suka hambaNya memutuskan silaturrahim..banyak alatan komunikasi canggih kini..gunakan..bukan untuk main game dan berhibur semata mata..kalau handphone termasuk kolam ikan keli jiran sebelah,,smartphone kan ada..ermmm tak de kredit..laman muka buku..eh eh..dah susah susah hantar surat..tak pun masuk surat dalam botol..hanyutkan..nasiblah sapa yang baca tu..kalau nampak botol jangan sembaran buka..nanti saka you pergi jauh jauh..
Ok,,sedar tak betapa sebenarnya singkat hidup kita ini..singkat sangat..sebab yang hidup pasti mati..penghujungnya adalah kematian..dan akhiratlah tempat kita meneruskan hidup bersama segala amalan baik mahupun buruk kita..bahagia atau sengsara,,kita pilih sendiri..Allah dah beri amaran,,dan bila kita ingkar Allah akan beri peringatan..di situlah kita mentafsir segala maksud..moga kita sentiasa beringat..
Wassalam J
penuh dengan maksud yang tersirat dan yang tersurat...
BalasPadamterima kasih kak mia..erm pantun ni halus bahasanya..namun dalam maksudnya..tujuannya tidak menyinggung perasaan orang yang mahu ditegur.. :)
PadamCuma yg pantun ini membuat ramai ibu-bapa-saudara-mara terluka:-
BalasPadamnasi lemak buah bidara
daun selasih aku lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kasih aku turutkan
Kalau demi kasihkan Allah lain cerita seperti muallaf seketika terpaksa buang keluarga tetapi akan kembali semula bila keluarga sudah sejuk hati lantaran menukar agama.
terima kasih kak zakie..kalau kerana kekasih..murkalah ibu bapa..tanggung dosalah si anak kerana mengecewakan hati ibu bapa kak..tapi inilah hakikatnya yang banyak berlaku sekarang..biarlah kita di buang keluarga kerana mengejar kasih Allah kerana suatu ketika kita bakal kembali kepangkuannya..daripada kejar cinta yang belum tentu bahagianya..
Padamhalusnya bahasa orang orang zaman dulu. penuh dengan nasehat untuk pedoman generasi hari ini
BalasPadamterima kasih atin..kan..ibarat tarik rambut dalam tepung,,rambut tak putus,,tepung tak berselerak..kadangkala yang halus itulah yang mendatangkan kesan dalam hati..
Padamhuhuhu pandainya jua huraikan pantun tu huhhu...sentiasa tergelak bila datang sni...lepas tu penghujungnya mesti mempunya nasihat...setuju sangat...so marilah kita melabur berhabis-habisan didunia ini agar memperoleh kebahagian yang kekal di akhirat nnt, Amin~
BalasPadamterima kasih mr krole..alhamdulillah..kadang kadang idea datang spontan..terima kasih Allah..selagi terdaya,,selagi boleh dan mampu..buatlah amalan sebanyaknya untuk bekalan di hari kemudian nanti..amin..
Padam