~~pAndAngLaH~~


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Bila kita berada di atas..mungkin tidak kaya dan mewah..tapi selesa..
Jangan lupa sentiasa pandang ke bawah..mendongak je pun lengoh jugakan tengkuk tu..sampai bila..ermm bila kita melihat ke bawah tu..itu tandanya kita sentiasa merendah diri..ingat suatu masa dulu kita pun melalui kesusahan..daripada situ kita akan sentiasa  menjadi insan yang mulia..bukan dimurkai..jangan pandang kecil bawahan kita..kerana kadangkala mereka seakan menjadi tulang belakang kita..tak gitu..

Bila kita berada di bawah pula..susah..payah..lemahingat jangan mudah berputus asa ok..jangan..mesti sentiasa berusaha,,berdoa dan bertawakkal pada Allah..bila rasa nak putus asa tu..pandang orang yang di atas..bukan suruh iri hati..lepas tu dengki..tapi..contohi kejayaan mereka..minta nasihat dan panduan bagaimana untuk berjaya..minta juga dengan Allah..jangan lupa..tak mau dengki dengki..tak mau tiup tiup..dosa tau..Allah tak suka..jangan sesekali bergembira atas linangan air mata insan lain..

Kalau takut berasa di atas menjadi riak dan takbur..juga risau di hina di caci tatkala berada di bawah pula..maka di tengah tengah pun memadai..bukankah wasatiyah itu sebaiknya..dalam segala hal dan urusan..jadi kalau terjatuh pun lukanya tidak terlalu dalam..kalau melompat pun tidak terlalu tinggi..kiranya selamat untuk mendarat..atas rumput ok..atas tar pun boleh cover lagi..kan sederhana..

Tak apalah kalau kita jadi insan yang biasa biasa je..asalkan biasa biasa kita tu Allah suka..sesama insan suka..kita di senangi..tak gitu..naik turun carta kehidupan kita ini,,kitalah yang corakkan..tapi jangan risau..mohon pada Allah selalu..yang utama perkongsian bumi yang terbentang luas ini mestilah disertakan dengan hati yang tulus dan lurus..LILLAHITAALA..jangan tarik rambut sampai tercabut takut tak terdaya nak jawab esok sampai semput..

JWassalamJ
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. sebaiknya kita mengamalkan cara hidup yang bsederhana...jangan ikut orang saja...orang beli ni dia nak beli ni...tak boleh...kena ikut kemampuan...elakkan berhutang. Biar hidup biasa-biasa janji Allah suka kan jua~

    BalasPadam
  2. setuju..besederhanalah yang terbaik..ukur baju pada badan sendiri itu yang afdal..tidur malam lena..hati tidak dibelenggu rasa takut..moga Allah kasih :)

    BalasPadam
  3. hidup macam roller coster. ada masa kita kat atas. ada masa kita kat bawah. walau kat mana pun kita berada. yang penting. besederhana dalam menghadapi setiap detik kehidupan. moga Allah redha :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..bila melalui kepayahan..bersabar dan kuatkan semangat untuk bangkit kembali..sesudah menemui kejayaan..berhati hati moga tidak tersungkur kelak..amin ;)

      Padam
Terbaru Lebih lama