بسم الله الرØمن الرØيم
السلام عليكم
Bila kita tak sama orang lain..orang lain akan pandang pelik je pada kita..ea`eh..gitu pulak..dan bila orang lain tu sorang sorang dia je tak sama macam kita..kita pulak pandang dia pelik je..waah..boleh pulak..kalau kita dan dia setakat pandang memandang tak apa lagikan..ni pakej bisik-bisik..senyum-senyum..ishh tambah dosa saja la jawabnya ye..istighfar cepat..alhamdulillah..
Kadangkala apa yang kita atau dia lakukan tu biasa saja..menjadi pelik pada pandangan dan tanggapan orang lain disebabkan kekreatifan
yang melanda…alhamdulillah hebat akal kurniaan ILAHI pada hambanya…bersangka baik tau..
Pelik dalam perlakuan,,pelik dalam berpakaian..pelik dalam percakapan..boleh juga berlaku pada perasaan..mungkin jarang berlaku..tapi kadangkala kita berasa pelik pada perasaan sendiri..kalau dalam drama di televisyen tu..rasa debaran dihati itu menandakan sesuatu yang kurang elok akan berlaku..dup dap dup dap la lebih kurang..maka berderailah gelas kaca jatuh bertaburan…kemudian telefon pun berdering-dering..kalau berlaku juga pada diri kita tu sekadar kebetulan ye..kita bukan berlakon tapi kita adalah pelakon..aduh..
Amboi..lurus sangat la jari telunjuk tu ha..bukan main lagi ye…biasalah yang pelik ni memang sentiasa menarik perhatian..dan buat orang terikut..mula –mula mencebik..lama-lama eh dia pulak tertarik..biasanya perkara sebegini perlukan keberanian untuk mencuba dan berjiwa kental kerana keberanian menanggung risiko sangat tinggi,,risiko kena booo..kena kutuk..kena kritik..woo..maklumlah nak bina identiti sendiri kononnya..kaki kanan pakai kasut,,kaki kiri pakai selipar,,kain pelikat dengan kain batik dicantum dua..jemu corak batik..pusing corak pelikat..ha..hebat tu..tapi akhir zaman ni yang pelik tulah menjadi trand..menjadi igauan dan menjadi lumrah harian…seolah sudah menjadi darah daging..
Kalau kita suka lakukan yang pelik-pelik,,yang hebat-hebat,,jangan terkejut dan pelik bila apa yang kita hajati seakan terhalang..seakan tertangguh dan seakan tidak terlaksana..PELIK ke..atau HAIRAN ke..andai kelainan yang kita cetus itu menuju ke jalan Allah,,pastinya tiada masalah.. andai sebaliknya..pelik jugalah perlakuan dan diri kita di akhirat kelak..nauzubillah..sayangi diri sendiri..dan orang lain juga..
Wassalam J
alhamdulillah bersyukur sangat dapat baca entri ni...Allah lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya~ berbaik sangka itu amat penting sesama kita...cuma trend pakej berbisik ni mmg sush dibendung..walhal orang dah tau perbuatan tu mengundang murka daripada Allah..hm..muhasabah diri sesama kita~
BalasPadamterima kasih mr krole..biasanya yang Allah murka tulah yang suka sangat dibuatnya..boleh berubah sebenarnya..cuma kena ambil waktu..asal ada niat untuk berubah..Allah akan bantu..tapi kena istiqhomah lah.. :)
PadamKalau yg pelik itu diredhai dan jadi ikutan alhamdulillah akan ada saham baiklah tapi kalau sebaliknya alangkah ruginya saham tak baik kena tanggung siapa juga yg mengikut/meniru tu semua. Jadi nak buat trend kenalah fikir berkali-kali. Menyesal kemudian rugi sendiri. Taubat memang diterima tapi yg masih mengamalkan aliran kita kerana sebagai pemula trend itulah yg susah nak dibuang...
BalasPadamsetuju kak..selagi masih ada yang mengikut dan amalkan..(yang kurang baik) maka kita pun dapat la sahamnya..justeru itu kita kena fikir masak semasak masaknya sebelum lakukan sesuatu..lebih lebih lagi andai apa yang dilakukan bakal menjadi ikutan..
PadamSesuatu yang pelik tu memang selalu jadi perhatian. Ada juga yang pelik tu kadang2 menjadi ikutan ;)
BalasPadamtrand sekarang yang pelik itu menjadi ikutan kerana inginkan kelainan..moga jangan samapi kelainan itu mengundang kebinasaan.. :)
Padam