::..TaNgGuNg TuGaS..::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Dalam sebuah organisasi..swasta..kerajaan..rasanya mesti ada kakitangan lelaki..dan wanita..daripada yang single mingle..sampailah yang dah  berkahwin serta beranak pinak..gitu..fuhh macam sekali lafaz la pulak..ngeee.. J..yang dah bercucu pun ada la..mana taknya umur bersara 60tahun..wah bagus..semangat kerja yang tiptop..bila ada yang dah berumahtangga walau duduk rumah teres 1 tingkat..tak bertangga tu..maka ada saja yang mohon cutinya  90hari..paling tak pun 60hari..ye tak..kalau dah mengandung mesti melahirkan..betul tak..tak kisahlah ikut tingkap ke ikut pintu baby tu keluar..hehe asal selamat ibu dan anak..alhamdulillah.. J..Jadi standby la wahai teman..wahai sahabat..kerana antara kalian bakal menanggung tugasitu kisahnya di pejabat..kan dah biasa..tak payah nak terkejut belalang..

Itu di pejabat..di rumah pun tak boleh nak mengelak wahai encik suami imam terpuji lagi serasi.. serasi kerana usahasama..tak gitu..ececeh..hebatnya sang suami bila mengambil alih tugas isteri 100% mengurus rumahtangga bila isteri sedang berpantang..hebat..ke hulu ke hilir..ke depan ke belakang..kain pelikat cecah dada..tuala tersangkut dibahu..layan isteri,,layan tetamu..saudara mara..wah melecet tumit pun berbaloi baloi tak gitu..kalau boleh janganlah 90hari saja rajinnya ok..hehe..bahanaya bila malam..si isteri tidak lena tidur bukan kerana si anak menangis tapi si bapa berdengkur seolah  buat latihan vokal bukan sekadar rupa..woooletih sangat gamaknya tu..dalam pada tu sempat lagi pakai bedak sejuk..itulah yang isteri lalui..jadi hargailah isteri sebaiknya ok..

Macam mudah tanggung tugas nikan..ala buat je macam yang dia buat dan tinggalkan tu..ohohoo..yeke mudah..no..no..kerana walaupun tugasnya sama..namun cara pengendalian itu berbeza setiap individu..setiap orang ada kretiviti tersendiri..yang pasti sama ada kita dapat lakukan lebih baik daripada sebelumnya atau lebih teruk daripada yang asal..hah..habislah..ganjaran??..haishhh..tanggungjawab itu lebih utama..bagaimana kita pikul amanah untuk melunaskan kepercayaan orang..dan Allah pilih kita..alhamdulillah kerana ilmu kian bertambah..boleh J..jadi tabahkan hati..layan kerenah yang manis dan indah belaka..

Ini di dunia..kalau dah tak larat boleh kenyit-kenyit mata pass atau minta tolong kawan lain nak lepaskan diri..di akhirat..pernah tak kita terfikir..yang dulunya semasa hayat di dunia..kononnya kita tak nak masuk campur hal orang lain tu sebenarnya adalah tanggungjawab kita juga..ha..kalau kita tau saudara kita meninggal dunia..masa hayatnya dia pinjam gigi palsu jiran sebelah..kita mesti pulangkan gigi tersebut..walau tinggal 6 batang gigi palsunya..macam tu juga anak lesung..walau hanya tinggal suku jengkal..kalau dah ijab qabulnya pinjam..pulangkanlah wahai warisnya..hehe..begitu juga qada puasanya,,zakat dan fidyahnya..andai kita selesai dunia maka lancarlah akhirat..insyaAllah..tak terdaya lunaskan sendirian..jemaahkanlah.. J

Islam itu indah lagi memudahkan..wassalam
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Tanggungjawab manusia adalah besar di muka bumi ni sebagai seorang khalifah... Seorang raja yang mentadbir rakyatnya.. Rakyatnya pula terdiri dari anggota badan.. itulah tanggungjawab manusia.. Bila diakhirat nanti.. Rakyat (anggota badan) akan bersuara..Maka ditanya apakah Raja (manusia) telah berbuat kepada rakyatnya.. Semoga kita menjalankan tanggung jawab kita sebaiknya.. InsyaAllah :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin..yang utama kita bijak mentarbiah iman..hati..akal dan nafsu agar tidak keranaya kita kecundang di sana kelak :)

      Padam
  2. amanah tu memang berat.. tapi, sebagai manusia, setiap orang ada amanahnya sendiri yng perlu dipikul dan dilaksanakan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..amanah pada sesame manusia dan amanah kita pada Allah kerana kesanggupan memikul tanggungjawab :)

      Padam
  3. entry melepaskan perasaan kah?? hihii

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehehehe..pengalaman melihat sekeliling..sedikit sebanyak boleh menjadi input untuk memuhasabah diri.. :)

      Padam
  4. sabar.. bila diberikan amanah kenalah buat juga... huhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan kak mia..hehehe..jangan merungut..jangan melatah nanti pahala kurang..silap-silap dapat penat saja.. :)

      Padam
  5. Selagi bergelar hamba Allah atau senang kata manusia pasti tak boleh lari dari tanggungjawab dan tugasan yg digalas. Pikul pun kena ada tektik dan teknik... kalau solat tapi sekadar takbir/qiam/rukuk dan sujud tapi tomakninah semua tak ada habis juga... Sama dgn kerja sekadar swipe card masuk kerja... dah tu duduk goyang kali - cukup masa balik... sendiri kenalah ingat. Masak janji masak tapi rasa semua hancur hahaha... siapa yg nak makan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la kak..asbol aje ea kak..asal boleh..hehe..yang penting keberkatan dalam setiap rezeki yang kita perolehi itu yang paling utama dan perlu dipandang serius..nak buat apa pun berpada padalah.. :)

      Padam
  6. tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi ini perlu dilaksanakan begitu juga jika kita seorang pekerja mahupun pelajar... buatlah semampu yang mungkin dan niatkan kerana untuk mendapat keredhaanNya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama