::..Jatuh dulU..::

ikhsan Google

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Bila tengok anak-anak kecil yang baru pandai berjalan..seronok kerana ghairah baru dapat kaki..kalau mata tu tak tahu mengantuk..mau 24 jam nak berjalan saja..ibu ayah yang semput mengejar..perhati..takut entah ke mana-mana..maklumlah ikut rentak kaki nak melangkah..jatuh tu pasti..luka dah tentu..terimbas zaman kecik-kecik..rasanya semua orang step yang sama..itu lumrahnya..kalau lahir-lahir terus pandai berlari..mau masuk genius books of records..pertama baby unik,,kedua jururawat pengsan beramai-ramai..tapi kalau dengan izin Allah siapa tahu..ye tak..

Daripada mata..jatuh terus ke hati..gitu la bila angau dipukau cinta..tapi jangan la pulak merapu..hormati la agama kita..sebelum bertindak ingat mak ayah tu yang besarkan kita..kalau ditakdirkan jodoh tu atas perancangan  orang tua..daripada tiada perasaan..kalau tengok hari-hari eh lama-lama cinta tu berkembang juga..berkenan dengan tahi lalat 2 butir berbulu 3 helai katanya..alahai..walaupun mungkin mengambil masa bertahun lama untuk jatuh cinta..tapi bilangan rezeki cahayamata seusia tempoh perkahwinan..ermm..suprise..hehehe..

Selalunya kita melihat yang baik-baik..yang molek-molek,,yang hebat dan yang cemerlang sahaja..namun sebenarnya kebiasaannya disebalik kejayaan seseorang itu pasti telah banyak kali mengalami kejatuhan..kejatuhan yang kadangkala mematikan…yang sering menyesakkan dan selalu mengundang titisan air mata yang melegakan sesak di dada..tapi tangisan itulah menjadi senyuman kini..bukan tangisan yang membutakan mata..jangan ikut si kassim selamat..bangkit..teruskan usaha..pastinya berjaya..

Jatuh bangun adat dalam kita merintis kehidupan..bila jatuh kita ingat Allah..tidak mustahil Allah bantu kita untuk bangkit semula..dah bangkit tu jangan la pulak kita lupakan DIA..khufur nikmat namanya tu..jangan sesekali begitu..sekali kita jatuh..kita bangkit..belajar daripada kesakitan dan kesilapan itu..pastinya ada sebab mengapa Allah biarkan kita kadangkala terjatuh,,fikir positiv dalam segala hal..jangan bersangka buruk pada Allah..senang cakap..betul tak..ingat mudah ke nak buat??..yes betul..jadi buat perlahan-lahan..kita semua boleh..lentur hati..bentuk jiwa..selalu bisikkan dalam hati Allah sayang kita Jwassalam..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. selalu kita alpa. bila dah jatuh, baru nak cari Dia... huhuhu.. peringatan bersama kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup akak juga selalu ingatkan diri sendiri..marah diri sendiri..moga kita sentiasa sedar diri .. :)

      Padam
  2. fasa kehidupan memang ada jatuh bangun...namun allah tahu kekuatan hambanya, dan dia di uji semampunya....hamba dina takkan sempurna hidup ini...cuma bangkitla sedaya dan jangan malu atau sesal, setiap hari kita adalah ketentapan DIA

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah..amin..amin..betul Allah tahu siapa hambanya..DIA juga tahu siapa yang mampu mengharungi dugaannya..dan sekadar mana kemampuan kita juga DIA yang tentukannya..

      Padam
  3. Kehidupan ni seperti roda, kadang kala kita di atas, kadang kala kita di bawah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju erin..tak kita di atas atau di bawah asalkan kita sentiasa bersyukur dan ingat pada NYA selalu..

      Padam
  4. biasanya, dah terjatuh baru nak cari Dia, kenapa kesedaran itu tiada dalam diri kita..
    semoga kita semua sentiasa mengingati Dia yang Satu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lumrahnya begitulah mama kita ni manusia..lantaran itu kadangkala mengapa Allah tidak sewenang-wenangnya memberi permintaan kita..kerana DIA sedang mendidik jiwa kita..menuntut janji ketika di alam rahim ibu kita lagi..moga kita sentiasa ingat padaNYA..

      Padam
Terbaru Lebih lama