::..Tak semudah itU..::

from google

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Alhamdulillah kerana Allah masih lagi mengizinkan untuk kita bernafas..melihat alam terbentang luas dan bersama insan-insan tersayang..bersyukurlah..hari ini cuaca elok..tidak hujan pada waktu pagi..tapi tengahari dan petang belum tentu..itulah dia..sangka panas sampai ke petang..ehh rupanya langit menangis di tengahari..``kun fayakun``..bersyukur bertemu lagi Jumaat penghulu segala hari..mungkin juga inilah Jumaat yang terakhir..jadi jom kita gandakan amalan soleh.. J

Ada segelintir daripada kita memang dah terasuh dengan asuhan yang sempurna..dari segi didikan agamanya..akademiknya..pendek kata dunia akhirat cuba diseimbangkan mengikut landasan yang ditetapkan dan sedayanya untuk laksanakan..bagus..alhamdulillah..bukan mudah tapi tak mustahil..we can do it.. J

Namun,tak semua mampu untuk mengimbanginya..yelah dah kata pun manusia biasa..dah kata pun iman setipis kulit bawang merah yang bila di kupas kulitnya kita dok menangis sakan ngalahkan kena rotan 10 kali..but itu bukan alasan ok..arah dan jalan yang kita lalui berbeza setiap satunya..sepanjang itu juga ada kisah yang berlainan..itulah sejarah kita..

Sama ada hitam legam..atau pun colourful..ermm kita tetap masih boleh perbaiki..jangan fikir owh aku dah silap jalan ni..dah gelap gelita ni..maka tak boleh berpatah balik..no..selagi mana kita masih bernyawa selagi itulah kita sentiasa ada peluang dan ruang untuk lakukan perubahan..sesat di hujung jalan..kembalilah ke pangkal jalan..bab nak kembali tu yang sangat pedih dan perit..masa ni lah dugaannya lebih melampau..kalau tak bersemangat tegar yang ganas semakin ganas..maka tak dapatlah bebas dari kepompong  ``aku yang dulu``..

Allah suruh kita berusaha..Allah suka juga pada hambaNYA yang rajin usaha..tak jemu-jemu..apabila kita sukar untuk berubah dan berusaha maka tidak mudahlah rahmat Allah mendatangi kita..pastinya kita sentiasa inginkan keberkatan dalam hidup..justeru itu semak dan samak diri kita berdikit-dikit..bila mudah kita mendapatkan sesuatu makin mudah juga kita kehilangannya..andai sukar untuk kita perolehinya maka kita akan lebih menghargainya..wassalam J
                                        
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

15 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Begitulah.. sesungguhnya besar mana pun salah silap kita Allah sentiasa membuka peluang utk kita bertaubat. Pintu taubat sentiasa terbuka tetapi janganlah melengah-lengahkan taubat, bimbang izrael menjemput sebelum sempat melakukannya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju kak..Allah dah beri peluang tu janganlah kita sambil lewakan..carilah kawan-kawan yang boleh sentiasa menegur dan mengingatkan kita agar tidak terusan lalai..

      Padam
  2. sentiasa ada peluang yang dibuka oleh Allah SWT buat hambaNya kan? Jadi jangan pernah berhenti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tepat..Allah maha pengasih dan penyayang..yang penting kita jangan mudah tawar hati dalam usaha pperbaiki diri setiap masa :)

      Padam
  3. Allah tak penah berputus asa dengan kita , jadi kenapa kita perlu berputus asa. Allah sentiasa akan menerima kita walaopon kita dah silap sejuta kali sebab Allah maha pengasih lagi maha penyayang.. ^_^ salam jumaat

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul dan tepat tu..sebab Allah nak kita semua jadi penghuni syurgaNYA..sebab itulah permintaan Rasulullah SAW pada Allah SWT..balaslah kebaikkan Alla itu dengan sentiasa buat baik dan tinggalkan laranganNYA..

      Padam
  4. jom join GA..hadiah menanti para pemenang. http://1eykashahidan.blogspot.com/2013/10/giveaway-contest.html

    BalasPadam
  5. Kalau kita usaha,pasti ada jalannya..walau susah,kena hadapi untuk mecapai sesuatu yang lebih baik.InsyaAllah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..kalu niat kita baik keranaNYA..insyaAllah Allah akan bantu kita..tunjukkan jalan penyelesaian sama ada kita sedar atau tidak sahaja..

      Padam
  6. setiap orang ada kisahnya masing-masing.. suka sangat entri ni kak.. teringat video mat lutfi bertajuk sebelah sayap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup zie..setiap orang ada sejarah sendiri..pahit manis sepanjang kehidupan..untuk dijadikan panduan dan kenangan..hehehe..terima kasih zie..secara kebetulan pulak ye..

      Padam
  7. Balasan
    1. hehe..semoga kita semua berjaya mendaki setiap mata anak tangga dengan sebaiknya kan erin..

      Padam
  8. in shaa Allah..lmbat atau cpat msti ada gnjaranya..usaha dan tawakal.. :))

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama