sumber : Google
بسم الله الرØمن الرØيم
السلام عليكم
Alhamdulillah masih boleh lagi tersenyum hari ni..syukur alhamdulillah..J..bertemu lagi Jumaat yang barangkali Jumaat yang terakhir..siapa tahukan..berdoa moga Allah lanjutkan usia kita..beri kesihatan yang baik..agar kita dapat melipat kali gandakan ibadat padaNYA..juga memohon keampunanNYA..amin..apa sahaja yang kita terima hari ini..itulah rezeki kita..bersyukur dan redha..rindunya PC pada semua..PC bercuti seketika kerana beri tumpuan menjaga bonda mertua yang dimasukkan ke wad kerana kesihatan yang agak kurang memuaskan hati..
Allah jadikan kita cukup sempurna..ada rangka yang boleh menyokong struktur tubuh dan melindungi organ dalaman..alhamdulillah..begitu juga sebuah rumah..mesti ber``tiang``kan..tak kiralah saiz dan rekabentuk rumah tersebut bagaiman rupanya..tiang itu umpama sendi..sangat penting..seperti mana solat itu dianggap tiang agama..kerana di akhirat kelak solat soalan pertama yang akan disoal..tak apa..mulai hari ini sematkan dalam hati..kita kualitikan lagi solat kita..amin J
Nak berubah ke arah lebih baik tidak mudah..yang senangnya ke arah yang kurang baik..sekelip mata..maklumlah ada dana daripada syaitan dan iblis..tapi bila nak berubah ke arah yang lebih..dan lebih..sangat lebih baik..ada saja peluru berpandu yang menikam kalbu butir bicara daripada orang sekeliling..sedikit sebanyak kadangkala membantut..buat kawan tu tersipu malu..``eh dia tu puji ke perli``..style cakap macam gurauan..hehehe..terdetik dalam hati ye..alololo..kesian la hai..tak pe..kan hijrah itu bermula daripada HATIÃ NIAT..jadi mulakan daripada sekarang..jangan niat je tau..mesti laksanakan juga..
HATI kita umpama tiang..tegak dan tegap ia maka luruslah jalannya..biar sederhana rupa..tapi cantik hati..biar sakit mata asal tidak sakit hati..Allah tak pandang jenama handbag kita..sunglass kita..tapi Allah sentiasa pantau HATI kita..tubuh kita umpama sebendang tanah..dan HATI itu ibarat benihnya..saling berantaian..salam Jumaat..penghulu segala hari..wassalamJ
Mesti ada kemahuan dan tekad mahu menjadi lebih baik. Peluru syaitan memang ampuh tapi kita kenalah lawan dgn hati dan iman. Longgar hati, iman jadi rapuh, syaitan tepuk tangan melihat tiang yg goyah..
BalasPadamyang utama niatkan kak..semangat kena kuat juga..syaitan ni pantang ada peluang dan ruang walau kecil dan sedikit kan kak..dengan nafsu sendiri pun kadangkala kita tewas..moga kita pacakkan tiang agamak ita sebaik dan seteguhnya..amin :)
PadamMacam boleh bertemu satu hari kita ni PC. Kakak kalau balik BP selalunya di Peserai aje. Tak jauh pun dari Southern Specialist tu. 5 minit boleh sampai. Sebab itu selalu singgah makan beryani Mohd Shah depan Southern Specialist:)
BalasPadamla yeke kak..dekat je kak..PC di kampung Pt Simen..area Hentian Mahkota tu kak..betul la kak..siapa sangka satu hari nanti kita jumpakan kak..satu kawasan..kat situ memang famous kak..
PadamTadi di tempat kerja saya ada buat majlis bacaan yassin & sedikit tazkirah. Alhamdulillah terisi juga hati ini. Dah lama tak berada dalam majlis ilmu begini sejak mula bekerja. Semoga setiap amalan kita sentiasa diberkatiNya :)
BalasPadamAlhamdulillah..syukur alhamdulillah..bia adanya majlis ilmu pastinya ada keberkatan di situ..biarpun ianya simple dan sedikit namun nilainya terlalu tinggi sebenarnya..penawar dan vitamin jiwa kita tu..moga kita peroleh ketenangan sentiasa.amin :)
Padammoga kita berjaya berubah ke arah kebaikan... moga kita berjaya membuat syaitan2 menangis.. in shaa Allah... kat opis deqla pun setiap 2 minggu mmg ada bacaan yasiin... alhamdulillah... =)
BalasPadamwah seronok tu..dijadikan rutin ye deqla..bagus-bagus..itulah salah satu cara kita melentur jiwa-jiwa kita agar subur dengan wahyu Allah.. amin :)
Padambetul tu kak.. bila kita buat baik, nak berubah, ada je peluru2 hinggap di jiwa.. sedih.. sampai rasa nak lari daripada orang yang kenal kita, baru takde orang nak judge kita bila buat baik..
BalasPadamtulah yang jadi masalah kita zie..mentaliti kita perlu ubah..hati kita kita pun perlu sentiasa bersangka baik pada orangkan..kesian pada sahabat yang ingin berubah tetapi dijadikan bahan gelak ketawa..akak kadangkala rasa ralat juga ..moga kita sentiasa memberi semangatkan :)
Padamsetiap hari mestilah membaiki diri dari semasa ke semasa jangan biarkan tiang utama (iman) kita roboh kerana hal keduniaan semata-mata
BalasPadam