sumber : Google
بسم الله الرØمن الرØيم
السلام عليكم
Diam tapi suka tersenyum..diam tapi bila berlawak..boleh buat kawan berkejar ke tandas..nak buang air kecil..maklumlah ketawa guling-guling..ceria dan baik hati..walaupun banyak cakap..tapi tak suka sakitkan hati orang..maksudnya apa yang dia cakap fakta..bukan auta..kisah pedoman bukan cerita direka-reka..alhamdulillah..ermm tapi ada pulak yang payah nak dengar suara..sekali berbicara..cili padi pun mengaku kalah..pedas..panas..pekat melekat kesumat dalam jiwa..aduh..sentap..bertemu pulak sahabat karibnya yang berhenti bercakapnya hanya waktu tidur saja..itu pun kalau tak mengigau..untung sangat..mulut anugerah Allah..mesti dijaga sebaiknya agar tidak membinasakan diri sendiri..J
Nak menilai orang..kita boleh juga lihat apa yang cuba diperkatakan..bahasanya,,pertuturannya..intonasinya..wah dah macam petua mencari bakal calon menantu la pulak ye..kadangkala kita lihat..dia cantik..lengkap serba serbi..tapi keseorangan..tiada kawan yang sama-sama mahu bersembang mesra..bergurau senda..berbanding lagi sorang tu..biasa-biasa saja..tapi ramai sangat yang cuba menghampiri..tak jemu nak bersembang..mungkin cara kita beramah mesra itu meletakkan kita dalam situasi sebegitu..
Yes semua orang boleh bercakap,,boleh meluah rasa..namun tidak semua orang boleh mengawal kualiti percakapannya..secara tidak langsung merosakkan keamanan telinga yang mendengar..berdesing..cuma asap saja tak nampak keluar berkepol-kepol..hehe J..kata-kata manusia itu lebih tajam daripada pedang..ia mampu mencantas semangat,,mematikan niat dan memadamkan hajat..Zaman Rasulullah SAW sedang berdakwah sekalipun..terlalu ramai yang menghina,,mencaci dan mengkeji..namun mereka itulah akhirnya menjadi sahabat dan penyokong terkuat Rasulullah SAW..bagaimana??..buat baik pada mereka..sentiasa..
Pedang itu mampu menjadi senjata untuk memusnahkan lawan..namaun ia juga boleh menjadi senjata mempertahankan diri daripada serangan musuh..semuanya terpulang pada kita di mana dan bagimana untuk menghalakannya..jalan kebaikan yang bermanfaat..atau lorong yang gelap akhirnya membinasakan..basahkan ia dengan kalimah yang indah memuji Allah..wassalam
Pendek kata mulut mesti manis. Jgn hanya manis ditepi bibir tp mahu ikhlas sepenuhnya.
BalasPadambetul ida..yang penting ikhlaskan hati..bersangka baik..cantik dalaman..molek luaran..indah percakapan..ameen..
PadamSebaiknya kita berusaha mencari yg terbaik di antara yg baik baik di sekeliling kita. Salam singgah di sini.
BalasPadamsetuju..semakin kita berusaha untuk menjadi baik dan mencari yang baik..semakin itu kita tahu bahawa kita tidak sempurna..belajarlah menjadi insan yang baik kerana ianya tidak akan datang sendirinya..minta padaNYA..terima kasih ziarah dan tinggalkan jejak..
Padamkerana mulut badan binasa.... bukan mulut yang salah tapi lidah..... kesian mulut,...
BalasPadamBoleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog
tepat la mama..oleh sebab lidah berada dalam mulut..dan yang membantunya itu adalah mulut..terbabit sama mulut tu ye..kesian dia..lantaran itu..wahai lidah ucaplah kata-kata yang baik..moga mulut sentiasa semerbak harumnya..selalu ziarah mama..sweet blog mama *-@
Padamkerana mulut badan binaa . so kena la pikir dulu sebelom mengeluarkan kata2 supaya org yg dengar tu tak sakit hati :)
BalasPadamsebaiknya begitulah lieya..sama-sama berlapang dada dan saling redha meredhai..tidak ada yang menjeruk rasa :)
Padamterlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata, haih~nasib la badan..
BalasPadamkan bahaya tu..bahaya sangat..tidak semua perkara yang kita lakukan dapat diterima orang..kadang baik pada kita..menyakitkan pada orang dan sebaliknya zie.. :)
PadamMulut mau manis hati mau baik...
BalasPadamSELAMAT TAHUN BARU 2014...
betul bunda..barulah wajah berseri-seri...SELAMAT TAHUN BARU juga untuk bunda sekeluarga ye :)
Padamsbb tu ada madah mengatakan lidah itu lebih tajam dari mata pisau.. heee.. salam jumaat dear... :)
BalasPadam