::..Cinta five staR..::

sumber GOOGLE

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Ucap syukur pada Allah atas segala nikmat kurniaanNYA..syukur alhamdulillah..syukran Ya Allah..
1.1.2014..dah melangkah ke tahun baru kita semua ye..hehe..langkah baru,buku baru,azam baru..sesi persekolahan pun dah bermula..meriah..tuntut ilmu bersungguh-sungguh ye anak-anak,adik-adik..kerana Allah ye..giat ibu bapa buat persiapan untuk anak-anak..lunaskan amanah pada Allah..anak itu amanah..bersamanya Allah sertakan ujian dan dugaan..mak ayah boleh jaga 10 orang anak..yes..dan 10 anak malahan lebih kadangkala tu..pastinya belum tentu boleh menjaga mak ayahnya..yang boleh itu tahniah..yang pernah tersasar itu masih boleh berubah wahai anak-anak..kan Allah sentiasa menerima taubat hamba NYA J.

Baginda Rasulullah SAW kekasih Allah..insan yang Allah pelihara setiap sudut tingkahlakunya..budi pekertinya terpuji..penutup pada sekalian nabi dan rasul yang ada..cintanya pada Allah tiada berbelah bagi..justeru itu Allah hadiahkan isteri juga yang cintai dirinya kerana Allah..hingga sanggup korbankan segala harta ke jalan Allah..bila kita meletakkan Allah itu pada suatu darjat yang tertinggi sekali..makan nikmatnya juga tak terjangkau dek akal apabila ia hadir..

Bila bergaduh dengan boyfriend sakan nangis..tak selera makan ..bila kena marah dengan mak sebab kencing malam,,sentap..tak nak keluar bilik..mak ayah pulak naik risau..anaknya tak makan dua hari..adoii..padahal tu anak jiran sebelah hantar nasi lalu tingkap..stok makanan bawah katil boleh coer seminggu kot..hehe,,tolong kawannya la katakan..kena marah sebab dah umur 15 masih kencing malam..kalau tengok cerita hindustan pantang,mesti nak meleleh air mata..sampai bercantum kelopak mata..keliru..tido ke bengkak sebab nangis nih..ah..pasti nangis..sebab suku tisu dalam kotak luak..hehehe..begitu kita ini kadangkala tangisi sesuatu yang tidak sepatutnya secara berlebihan..namun itulah lumrahnya kerana kita ini punya hati yang mudah untuk tersentuh..kalau kita boleh gugurkan air mata itu kerana dunia..mengapa tidak kita tumpahkan juga kerana Allah dalam keadaan yang istiqomah,khusyuk dan tawadhuk menginsafi kesalahan diri..meminta ampun pada dosa-dosa semalam..kita boleh andainya punya kemahuan.. J..

Semua kita suka yang indah-indah,yang cantik-cantik,,begitu juga Allah..sebab itulah kita ini Allah jadikan comel semuanya..alhamdulillah..jaga elok-elok..selalu ucap syukur padaNYA..sebagai tanda bersyukur itu..lakukan suruhan NYA..tinggalkan larangan NYA..tunjukkan rasa cinta paling indah pada NYA..pastinya Allah akan hadiahkan hotel syurga di akhirat kelak..terpulang bagaimana untuk kita menghiasnya J wassalam..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Muhasabah balik apa yang dah kita lakukan pada tahun masehi lepas. Hmm...boleh menangis sendiri memikirkan masa yang sudah lepas. Ibarat air yang mengalir laju di sungai..sekali kita sentuh, tak mungkin kita dapat menyentuh air y sama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang lepas itu biar menjadi guru terbaik buat kita membina masa hadapan agar lebih molek lagi..

      Padam
  2. selamat tahun baru masihi kak :) semoga tahun ini, kita dapat perbaiki diri dengan lebih elok dari sebelumnya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ameen..macam tulah yang akak..zizie dan kita semua harapkan.. ^_*

      Padam
  3. Begitulah moga N3 ini membuka minda dan hati kita utk mencari yg terbaik. Mohon kalau diuji olehNya pun biarlah yg boleh kita tanggung dan tak melibatkan aqidah tercalar.

    Selamat tahun baru dari kakak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amenn..adakalanya kak..ujian Allah itu terasa teramat berat untuk ditanggung..tapi siapa kita untuk menidakkannya..redha,, bersangka baik dan yakin,, pasti punya hikmah disebaliknya..ameen..
      Selamat tahun baru juga untuk akak sekeluarga..

      Padam
  4. muhasabh diri ....semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.. sentiasa muhasabah diri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang terbaik dan sewajarnya acik..akak juga sentiasa muhasabah diri..

      Padam
  5. Semoga kita sentiasa di dalam perlindunganNya kak PC

    BalasPadam
  6. muhasabah diri..setaip yg terjadi mesti ada sebab dan hikmahnya..kalau bkn utk kita mungkin utk org lain..semoga 2014 membawa kita kearah yg lebih baik.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yap..Allah tidak mengizinkan sesuatu yang berlaku itu sia-siakan..pasti ada yang tersirat disebaliknya..usaha kearah yang lebih baik..amen..

      Padam
Terbaru Lebih lama