::..Positif laH..::

Terima kasih en google

Assalammualaikum
Ya Rab

Moga hari ini membawa 1001 kebaikksendiri kita semua..masih di awal tahun..tapi kita sudah dihidangkan dengan belbagai kisah tragis..haiwan kesayangan Rasulullah dibakar hidup hidup..kisah pembuangan bayi tidak berdosa..kisah pembunuhan anak kecil yang tidak bersalah..Allah..Allah..Allah..sebaknya hati..bagaimana mereka tergamak melakukan sebegitu rupa..KEJAM wahai manusia..bertaubatlah..selagi mana malaikat maut belum meragut nyawa kamu..

Nak menjadi insan yang baik bukan mudah kerana kita terpaksa bertarung dengan nafsu sendiri..tapi itu bukan alasannya..kita boleh didik diri agar sentiasa positif..niatkan dihati..setkan pada minda perkara perkara yang positif..dan suntik semangat supaya kuat untuk melawan segaka hasutan..bukan dok melawan cakap mak ayah..ingat tu..hehe..yang mana pernah terbuat tu minta naaf ye..tak usah tunggu hari raya ok..♥..

Andai baik yang terdetik..maka baik jadinya..kalau buruk saja ucapnya maka kurang elok hasilnya..aura positif mesti kita semai dalam diri..terutama bersangka baik pada Allah..yang ni tak boleh tawar menawar langsung..walau bagaimana pun..dalam kita wajar berfikiran dan bertindak positif..kepekaan itu mesti ada..kalau malam malam jiran kita tu menangis je..cubalah intai intai..kembung perut ke..lapar ke..faham??..dalam situasi positif juga mesti ada keseimbangan..sediakan sedikit ruang untuk berasa sangsi supaya kita berhati hati dan bersedia..


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Bezanya dulu dan sekarang PC. Kalau dulu mereka yg berilmu memberi nasihat terus ditelan bulat-bulat. Sebab jaaaaarang kedengaran yg berilmu itu buat yg tak baik. Sekarang usah kata nak nasihat, jeling sikit nak cuba ambil tahu dikatanya KEPOCI. Bila nasi dah jadi bubur baru oh.... tapi dah tak guna.

    Istidraj dlm diri pun semakin banyak sekarang itu yg bertambah susah... kelihatan baik/sempurna menjadi-jadi tapi - zero.

    BalasPadam
  2. sangat betul.. setuju dengan entri akak.. tak pelah sentiasa kita muhasabah diri

    BalasPadam
  3. @Kakzakie
    Betul kak..jauh sangat bezanya..kelurusan dan ketulusan dulu dan sekarang sangat jauh berbeza..dulu bila di sekolah pun,, ustaz ustazah bg penerangan..khusyuk dengar..tapi sekarang kualiti patuh pada yang sahih itu kian menipis dan hilang..mungkin mentaliti perlu diubah..yang disangka kuno itu banyak mendatangkan kesan baik kalau diaplikasikan hari ini..

    BalasPadam
  4. @Aku Penghibur
    Terima kasih acik..harapnya semua kita muhasabah diri..untuk mengecilkan neraca dosa dan memberatkan timbangan pahala..amin..

    BalasPadam
  5. macam-macam sekarang berlaku, sentiasalah kita mendidik jiwa dan hati kita, didik betul-betul anak kita, allahuakbar.. mama sendiri menjadi takut sebenarnya melihat kekejaman manusia..

    BalasPadam
  6. @Norhasniza Khalid
    betul la mama..PC rasa ralat sangat dengan sikap segelintir daripada kita..memandang nyawa itu ibarat mainan mereka..moga Allah jauhkan kita daripada segala sikap yang keji..amin..

    BalasPadam
  7. sama-sama kita berfikiran positif. :D, orang zaman sekarang suka menilai dari luaran, huishhh susah tu

    BalasPadam
  8. @cik lisa
    itulah masalahnya lisa..ada segelintirnya lebih suka untuk membuat tafsiran juga kesimpulan sendiri..moga kita lebih ke arah lebih positif :)

    BalasPadam
  9. Banyak ragam dan kerenah dalam masyarakat kita ni. Harus hati-hati dan sentiasa waspada.

    BalasPadam
  10. @Tetamu Istimewa
    Setuju..kadangkala kita terkeliru antara kawan dan lawan..sahabat dan musuh..moga Allah bimbing hati hati kita..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama