::..Andaikan yang terakhiR..::

Ehsan..Google

Bismilahirahmanirahim..
Assalammualaikum semua..

Hujan masih lagi turun..walaupun renyai renyai..syukur rezeki dan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita..panas atau hujan itu nikmat..jangan mengeluh..sebolehnya berusaha jangan mengeluh sebaliknya bersyukur..hakikatnya PC pun acapkali mengeluh..kita sama sama berubah..bolehkan..insyaAllah berkat usaha..kan Allah Maha Pengampun..

Kalau kita makan..pastikan halal dan bersih sumber dan makanan tersebut..makan untuk hidup bukan hidup untuk makan..jadi..berhentilah makan sebelum kenyang..walaupun terhidang masakan yang enak enak,, tersedia menu yang menyeksa nafsu makan..beristighfarlah..sebelum makan tu sekurang kurang cukup dengan Bissmillah..akhiri dengan Alhamdulillah..simplekan namun ini yang seringkali kita tertinggal..kalau sebelum ini ada yang makan sampai lebam bibir..tak apalah yang lepas biar berlalu..jangan nangis sembunyi bawah reban arnab sebab lupa nak baca doa sebelum makan..

Target nak dapat anugerah perkhidmatan cemerlang..tak dapat..nak dapat 10 A pun tak dapat..frust gitu..dek marah sangat..baling mercun bola pada kawan tu..kesian dia melatah sampai terpijak anak ayam baru lepas menetas..remuk redam hati si ibu ayam tu dik..tak baikkan..ikut rasa binasa jadinya..ubah rasa iri hati itu kelaluan yang positif agar lebih sihat..wujudkan aura aura baik..

Perkara yang sukar untuk kita lakukan adalah berlawan dengan diri sendiri..antara keperluan dan kehendak..antara nafsu,iman dan akal..di mana ianya sering bertingkah..dan bila lorong kebaikkan dan menuju keredhaanNya yang kita cari,kejar dan laksanakan semakin itu ianya menghasut..namun jangan jadikan ia alasan..bukan banyak atau sedikit kebaikkan yang Allah nilai..namun sejauh mana istiqhomahnya kita dalam melakukan perkara perkara kebaikkan walaupun kecil dan sedikit..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. hai jue, selamat pagi, satu entri menyentuh jiwa mama, bukan senang nak berlawan nafsu dengan diri sendiri dear, kena kuat!

    BalasPadam
  2. Sebagai insaniah yg berakal kena percaya qada' dan qadar Allah. Ada kala apa yg terjadi adalah sebagai satu pengajaran yg mahu Allah berikan - buat salah segera bertaubat. Gagal kena usaha lagi. Redha satu perkara yg susah tapi kita kena berusaha..

    BalasPadam
  3. dulu acik seperti itu ka.. tapi alhamdulilah dapat baiki diri dari semasa ke semasa

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum.. PC,

    suka pulak baca entry santai macam nie.. istiqamah penting walaupun sedikit kan..

    mselim3

    BalasPadam
  5. @Norhasniza Khalid
    Terima kasih mama..betul..tulah yang paling susah kita nak buat sebenarnya melawan diri sendiri..

    BalasPadam
  6. @Kakzakie
    Betul kak..mudah untuk kita mengungkap frasa redha itu..namun untuk melaksana dengan tingkah itu suatu yang agak sukar..

    BalasPadam
  7. @Aku Penghibur
    Alhamdulillah..yang penting kita berusaha untuk berubah..insyaallah Allah bantu..

    BalasPadam
  8. @Mohd Selim Zainal
    Waalaikummusalam..terima kasih mselim..setuju..istiqhomah itu perlu..terutama dalam laksana perkara kebaikkan..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama