Ikhsan Google
Bismillahirahmanirahim..
Assalammualaikum semua..
Senyum sikit..terima kasih..alhamdulillah atas nikmat sementara kurniaan Allah ini..selawat dan salam buat Rasulullah SAW..hidup di dunia ini sementara..manfaatkan sebaiknya ye..insyaAllah..
Tiada siapa pun yang tidak lakukan kesilapan..kecuali Allah SWT..betul?..setuju?..kita ini apatah lagi..laghanya kadangkala bagai disengajakan..lagi lagi la PC..ermm sama saja..kan PC pun manusia biasa..ye tak..bukan sentiasa terpelihara akhlak dan hatinya..maklumlah iman lebih tipis dari kulit bawang..ye saya mengaku..hehe..mudah untuk kita berbicara..namun tidak semudah untuk kita lunaskannya..
Kadangkala kita rasa mampu..namun kemampuan kita insan sangat terbatas..ya tak..kita rasa kita ok..namun pada pandangan insan lain kita perlu berubah untuk lebih ok..sebab itu kita dilarang berbangga diri atau terlalu yakin diri..yakin itu bagus..namun berpada padalah..kalau dirasakan tidak mampu..mengakulah..kesian bila kawan dok sakan menunggu..daripada pagi jejak ke senja..sampai senget tudung dik..maklumlah nak menonton wayang katanya balik makan kenduri kahwin..akhirnya buka dvd cerita kung fu sambil makan bawang goreng..hehe..ingat..pasti tersirat 1001 hikmah yang kita tak tahu..
"Ok..yes..ooo..yeke..kesiannya..la macam tu ke..kenapa tak itu,, kenapa tak ini..macam ni..bukan macam tu..ermm..."..reaksi si pendengar yang setia,separa setia..dan sedihnya terpaksa dengar..kihkihkih..jawapan klise..dialog layankan jelah..tak baik begitu..ubahlah..lumrah insan yang tidak merasai seperti insan lain rasai..sifat manusia yang akan lebih mengerti setelah melalui sendiri,, namun pada hakikatnya kita boleh belajar untuk memahami dan meletakkan diri dalam situasi tersebut..bila kita ingin di peduli..kita mesti peduli orang lain juga..
sedap jugak tu layan movie sambil makan bawang goreng.. hihihi... baru td dengar masalah kawan.. bila menjadi pendengar, bukan mendengar sahaja. cuba beri pendapat. jangan menghasut pulak. tak rugi pun menjadi pendengar. at least, menjadi pengajaran.
BalasPadam