Bissmillahirahmanirahim..
Assalammualaikum dan hye semua..
Menginjak hari baru esok..sudah berapa kali kita ucap rasa syukur "alhamdulillah"..ke ketawa lebih banyak berbanding istighfar dan zikir..seronoknya kita terkadang buat kita terlalai..PC pun acap kali begitu..ermm lepas ini kita ubah,, sambil ketawa,ucap masyaAllah, , sambil bersin dan sendawa ucap alhamdulillah,, dengar kawan bergosip..jalan molek molek,, bisikkan semerdunya pada telinga dia.."innalillahiwainailaihirojiun"..kemudian lari laju laju..simplekan..mulakan..jangan nangis..yang lepas biarkan berlalu..
Berat sama dipikul..ringan sama dijinjing..namun mesti bersesuaian dengan situasinya ye..girlfriend cun sanggup pimpin tangan konon keselamatan nak melintas jalan..nenek tua balik pasar melintas jalan tak pula dipimpin..jangan begitu..ingat satu saat andai Allah mengizinkan kita bakal berada di tempatnya..dan kalau nak beramal pun niat mesti betul..
Baik atau buruk itu kita acuannya..lorong mana yang kita pilih..walau guna khidmat GPS pun kita boleh tersilap jalan..jadi pastinya kita juga sentiasa terdedah pada kesilapan..yakin ada kebaikkannya pada setiap kejadian..cuba cuba akhirnya berjaya..nak cuba,nak berjaya silakan..asalkan bermanfaat, teruskan..kalau sebaliknya..lupakan..
Hendak lakukan sesuatu..mesti bersungguh..ingat perkara yang molek molek saja ok..nak berubah bersungguh kerana Allah..nak merempit??fikirkan semula ye..kalau nasi himpit..ermmm laaazat..dalam tempoh yang singkat ini,,caras yang mana lagha dan cantas yang mana sewajarnya..asalkan tidak mencaras dan mencantas apa yang telah disyariatkan..
perkongsian yang baik, kesimpulannya.. kena fikir sebelum melakukan sesuatu kan..
BalasPadamterima kasih atas nasihat yg bernas.
BalasPadamkadang-kadang bila ada org yg menasihatkan kita, baru kita nampak kelemahan kita.
@Norhasniza Khalid
BalasPadamAah betul tu mama..fikir sebelum bertindak..
@hijau zamrud
BalasPadamSetuju,, dan akak juga sentiasa minta nasihat daripada rakan rakan..
He he..unik betul entry kali ni..banyak kali baca baru faham :-)
BalasPadamdeep
BalasPadamfirst time dgr perkataan caras