♡♡ikut kemampuan♡♡

Bissmillahirahmanirahim 
Assalammualaikum ukhuwah




Hujan renyai dan lebat bersilih ganti..seakan berirama menyatu dengan desiran angin yang mengasyikkan..rezeki kepada alam dan isinya..syukur Ya Allah..magisnya rindu yang tidak pernah terluak walau sedikit pada mu ya Rasulullah SAW..selawat dan salam..tunggu kami di mahligai syurga..

Ikut rasa binasa,,ikut hati mati,,ikut nafsu lesu..tapi itulah yang syok hendak buatkan..kan..jangan pening..ikut yang disuruh,,tinggal apa yang dilarang..bukan ikut suka hati..buruk padahnya..tak gitu..hendak bertestimoni pun biar kena dengan caranya ye..harap maklum..

Keterdayaan manusia sangat terhad,,amat terbatas..jangan suka mencabar..jangan mudah melatah bila dicabar.."kalau ko hebat,,sila makan 2 periuk laksa.."mau lebam terkeluar pusat kawan tu dik..bersungguh dulu masa baby maknya tekan dengan duit syiling,,tuam dengan daun sireh hangat hendak benamkan pusat tu.."kalau gagah pegilah tidur sebulan atas pokok kelapa yang ada sarang lebah bersaiz tempayang pusaka jiran sebelah..ada bran..ada bran.."hamboi..poyos saja bunyinya ye..cuba awak buat dulu..hihi..

Biasa biasa yang luar biasa itulah istimewa..hebat tetapi senantiasa mewah dengan kesederhanaan itulah kejayaan..hidup ini perjuangan..beratnya ke mana..kebajikan..atau kemungkaran..Allah sentiasa memerhati..bukan jasad tetapi hati,,Allah juga sentiasa menguji..mengikut keterdayaan hamba yang dicintai..moga hidup dan matinya kita dalam redha Ilahi..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. In Shaa Allah, itulah yang seharusnya kita lakukan, terima kasih PC atas ingatan .

    BalasPadam
  2. Amat mendalam titipan kata PC... Terima kasih jua atas peringatan...

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. jangan mudah melenting apbila dicabar kan cik PC.. hurmm.. yg penting, bersederhana.. ^_^

    BalasPadam
  5. bersederhana lebih bagus.. :)

    BalasPadam
  6. @Gee Lion
    betul..besederhana..insyaAllah selamat ♡

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama