بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Kebaya labuh kurung kedah
Letih badan bagai nak rebah
Start enjin pun sudah
Pantas balik hujan pun diredah
Lai lai mari mari
Tochey tochey thank you
Setiap hari persiapkan diri
Moga tidak haru biru
Puasa sudah beraya pun sudah
Pelbagai juadah yang enak enak
Kalau berat badan bertambah sudah
Usaha bersungguh nyahkan lemak
Kucing gemuk disengat lebah
Mukanya bengkak selebar dulang
Laksanakan sesuatu jangan gemar berlengah
Menyebabkan kualiti kian berkurang
Kuali hitam tersangkut didinding
Cicak jantan asyik berdating
Pantang dengar punch card berdenting
Dah janji balik kerja nak keluar dating
Aduh sakit gigi
Jumpa lagi
Rajin nya dia karang pantun.. Hehe
BalasPadamwahhh..senang hati nampak PC, ketuk meja suruh balik awal, ada open house lagi eh??
BalasPadam@Maria Firdz
BalasPadamHehe..malu..sekali sekala MF..ubah angin sikit..
@Nazlee Ismail PCL
BalasPadamTeringat zaman keje PCL..sekarang tengok jam..ketuk jari atas meja tunggu suami balik keje..hehe..
Kreatipnyaaa lahai PC ni mengarang pantun..kalau saya, jenuh nak pikior 😉
BalasPadamKreatipnyaaa lahai PC ni mengarang pantun..kalau saya, jenuh nak pikior 😉
BalasPadam